OLEH NAZRATUL NAFISAH ABD MAJID
nafisahmajid@yahoo.com
Sintok – Karnival 3K Pusat
Budaya dan Seni UUM telah berjaya membina modal insan mahasiswa. Karnival yang
berlangsung baru- baru ini telah dirasmikan oleh En. Dino Khairri Shariffudin,
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Karnival
3K iaitu kesenian, kebudayaan, keusahawanan telah melakukan pelbagai aktiviti
yang dapat memberi manfaat kepada mahasiswa. Antaranya ialah pertandingan
nyanyian, jualan, dan sebagainya.
Penyediaan
aktiviti melalui karnival 3K ini akan menjadi asas permulaan kepada penjanaan
modal insan yang gemilang dan terbilang dalam diri mahasiswa. Modal insan
merupakan asas untuk pengembangan atau mencapai sesuatu yang dihajati oleh
manusia.
Seiring
dengan objektif karnival 3K sebagai pentas pembelajaran kepada pelajar yang menjadi
urusetia kepada setiap program tentang menguruskan sesebuah program tersebut supaya
berjalan dengan lancar dan melatih mereka untuk menghadapi setiap kesulitan,
kesusahan yang akan berlaku sepanjang menjayakan program tersebut.
Selain
itu, karnival 3K ini juga dapat memberi faedah kepada mahasiswa apabila mereka
menempuh alam pekerjaan. Semua sedia maklum kita bahawa alam pekerjaan dan
pembelajaran adalah berbeza.
Menurut
En. Dino Khairri Shariffudin, jika kita inginkan yang terbaik kita haruslah
bekerja keras dan usaha yang berterusan untuk mendapatkan sesuatu yang
diingini.
Melalui
karnival ini juga ia akan dapat menyuntik semangat pelajar untuk sentiasa
berusaha menjadi yang terbaik, dapat berdikari dan peka dengan keadaan
sekeliling yang sentiasa berubah-ubah.
“Jika mahasiswa diberikan keyakinan diri, kepercayaan
dan sokongan untuk berfikiran positif tentang diri dan masa depannya, maka
laluan yang ada akan menjadi lebih mudah. Tetapi jika mahasiswa ini sering
diperlekeh dan dipandang rendah maka kita akan menjadikannya seorang yang
sangat lemah dan sukar untuk menghadapi cabaran hidup pada masa depan,”
katanya.
Beliau
berkata demikian sempena dengan perasmian penutup bagi karnival 3K ini
baru-baru ini yang turut diadakan juga penyampaian hadiah untuk malam kesenian.
Peranan
penyertaan terhadap sebarang aktiviti akan dapat menjadikan seseorang mahasiswa
tersebut sebagai pendidik, pembimbing dan rakan mahasiswa agar berupaya
meyakinkan seseorang mahasiswa terhadap masa depan yang akan ditempuhnya
apabila keluar daripada universiti.
Kejayaan
karnival 3K ini bukan saja bertunjangkan kepada kekuatan para pegawai
pembimbing tetapi bergantung kepada komitmen dan jiwa mahasiswa untuk mengecap
kejayaan yang diingini.
“Saling
menghormati, saling menyayangi dan saling berganding bahu perlu untuk mencapai
kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan dan diharap selepas menghadiri
program ini akan peningkatan kesedaran warga kampus untuk menghargai
jasa–jasa dan sumbangan penggiat seni
kepada perkembangan dunia seni di UUM,” tambahnya lagi.

Persembahan nasyid daripada kelab nasyid UUM
sebelum majlis bermula
No comments:
Post a Comment