Gambar Pilihan

Tuesday 28 April 2015

KARNIVAL 3K JANA EKONOMI SISWANIAGA

oleh Nurul Hasnizan
nurulhasnizan1992@gmail.com

SINTOK- Karnival Kebudayaan ,Kesenian dan Keusahawan (3K)  pada kali ini bertujuan untuk membantu golongan mahasiswa untuk berniaga dengan memberi peluang kepada mereka untuk memajukan dan menambah pendapatan samping mereka.
    Karnival Kebudayaan ,Kesenian dan Keusahawan (3K) dianjurkan oleh Pusat Budaya dan Seni Universiti Utara Malaysia yang bermula pada 10 Mac hingga 16 Mac 2015 bertempat di Dataran Budaya, UUM.
   Kebanyakan gerai-gerai ini dimiliki oleh golongan mahasiswa di samping sewa tapak yang dikenakan sangat berpatutan.
      Antara jenis gerai-gerai yang diusahakan oleh golongan mahasiswa adalah tersebut gerai makanan, tudung, peralatan elektronik dan pakaian.
    Karnival 3K juga diserikan dengan Bengkel Penulisan Skrip, Kelas Vokal bersama Azmeer, Pertandingan DJ Corner, Bengkel Pengacaraan Majlis dan banyak lagi.
   “Karnival ini dapat meningkatkan semangat berkerjaya warga UUM menerusi kegiatan kebudayaan, kesenian dan keusahawanan” ujar Adun Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar semasa majlis perasmian.
    Menurutnya lagi, penerapan elemen keusahawanan dalam diri pelajar juga telah mendatangkan kesan positif dalam diri mahasiswa kerana akan membentuk sikap keyakinan yang tinggi dalam menempuhi cabaran hidup.
    Sementara itu, menurut Nor Hidayah Bt Adnan pelajar Jurusan Kewangan, 23, ramai golongan mahasiswa UUM telah membuka kedai sendiri bagi mendapatkan pendapatan sampingan.
    Menurutnya lagi, beliau juga ingin menjadi usahawan kecil memandangkan pendapatan dengan menjadi usahawan adalah amat lumayan.
     “Selain itu, karnival 3K juga memberi peluang kepada mahasiswa-mahasiswa lain untuk membeli barangan keperluan dengan menggunakan baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) yang telah diterimanya”ujarnya semasa mengunjungi tapak karnival.


                                      Antara Gerai jualan sempena Karnival 3K
  


2 comments:

  1. Betul tu..saya sokong..dengan penglibatan mahasiswa dalam bidang perniagaan akan meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang perniagaan malah dapat membantu dalam menampung perbelanjaan mereka ketika berada di kampus.. :)

    ReplyDelete
  2. diharapkan dengan penglibatan peljar dalam bidang perniagaan sedikit sebanyak mengurang mereka beban mereka memandangkan sekrang semua harga barang naik..

    ReplyDelete