Gambar Pilihan

Wednesday 29 April 2015

TNC UUM turun padang selesai masalah pelajar.



Oleh Mohd Faizal Bin Ab Razak
Jejairock92@gmail.com


Sintok, 19 Mac – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr. Abdul Malek Haji Abd Karim telah turun padang bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mahasiswa UUM.
      Antara isu yang dibangkitkan oleh mahasiswa ialah masalah akses WIFI di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) dan isu pengangkutan bas. 
      Menurut beliau, bagi isu WIFI proses pemasangan semua alat-alat yang rosak akan ditangani dan UUMIT memberikan jaminan bahawa dalam masa dua minggu lagi semua pelajar akan dapat menikmati kelajuan WIFI yang dipertingkatkan. 
      Sementara itu, bagi isu bas pula, beliau berkata pihak UUM dengan kerjasama UNIC Leisure Transtour akan mengadakan kempen secara berkala bagi memastikan pelajar turun awal untuk ke kelas selain daripada usaha-usaha lain bagi memastikan masalah kesesakan dan kekurangan bas dapat diatasi pada waktu puncak. 
      Ujarnya lagi, pihak UUM telah membelanjakan lebih daripada RM1.2 juta dalam menyedia dan memberikan kemudahan baru kepada pelajar. Ini termasuklah penukaran kipas golek kepada kipas siling, langsir, perabot dan lain-lain kemudahan di DPP. 
      “Pihak UUM telah membelanjakan lebih daripada RM89 ribu bagi proses pembinaan tempat menunggu bas yang lebih baik di School Of International Studies (SoIS)”. 
       Dalam mesyuarat bersama pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini juga, Dr. Malek turut menyentuh mengenai isu pelekat kenderaan dan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M). 


Ali Faiz (kanan) memberitahu Dr. Malik (empat dari kanan) tentang masalah yang dihadapi mahasiswa.