Oleh Mohd Faizal Bin Ab Razak
Jejairock92@gmail.com
Sintok,
19 Mac – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara
Malaysia, Profesor Madya Dr. Abdul Malek Haji Abd Karim telah turun padang bagi
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mahasiswa UUM.
Antara
isu yang dibangkitkan oleh mahasiswa ialah masalah akses WIFI di Dewan Penginapan
Pelajar (DPP) dan isu pengangkutan bas.
Menurut
beliau, bagi isu WIFI proses pemasangan semua alat-alat yang rosak akan
ditangani dan UUMIT memberikan jaminan bahawa dalam masa dua minggu lagi semua
pelajar akan dapat menikmati kelajuan WIFI yang dipertingkatkan.
Sementara
itu, bagi isu bas pula, beliau berkata pihak UUM dengan kerjasama UNIC Leisure
Transtour akan mengadakan kempen secara berkala bagi memastikan pelajar turun
awal untuk ke kelas selain daripada usaha-usaha lain bagi memastikan masalah
kesesakan dan kekurangan bas dapat diatasi pada waktu puncak.
Ujarnya
lagi, pihak UUM telah membelanjakan lebih daripada RM1.2 juta dalam menyedia dan
memberikan kemudahan baru kepada pelajar. Ini termasuklah penukaran kipas golek
kepada kipas siling, langsir, perabot dan lain-lain kemudahan di DPP.
“Pihak
UUM telah membelanjakan lebih daripada RM89 ribu bagi proses pembinaan tempat
menunggu bas yang lebih baik di School Of International Studies (SoIS)”.
Dalam
mesyuarat bersama pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini juga, Dr. Malek
turut menyentuh mengenai isu pelekat kenderaan dan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M).
Ali Faiz (kanan) memberitahu Dr. Malik
(empat dari kanan) tentang masalah yang dihadapi mahasiswa.
|