Gambar Pilihan

Wednesday 3 June 2015

RESTORAN BERKONSEPKAN ENGLISH KLASIK LAMBANG TARIKAN MIKA D’VINTAGE.



oleh: 
Nor Fatiehah bt Mohd Nor 
Mika d’ Vintage merupakan nama yang masih baru dalam industri perniagaan di kawasan pantai timur. Satu nama yang asing bagi sesetengah individu yang masih belum mengenali tentang kewujudan sebuah kedai makan yang beri nama Mika d’ vintage.
        Mika merupakan sebuah kedai makan yang diusahakan oleh pengusaha muda iaitu Rose Azmera Abdul Aziz, 28 yang juga merupakan seorang isteri dan ibu kepada seorang anak. Mika d’ Vintage terletak di sekitar kawasan Pasir Mas, Kelantan.
       Pada asalnya, Mika merupakan nama kepada anak pengusaha itu sendiri yang diberi nama Rayyan Mikail dan diambil singkatan kemudian digabungkan dengan unsur klasik menjadikan sebuah nama yang menarik serta senang disebut.
       Mika merupakan sebuah kedai makan yang berkonsepkan English Classic. Dimana pengusaha kedai telah memperkenalkan restoren mereka dengan mempamerkan gambar-gambar dinding yang berkaitan dengan sesuatu yang mempunyai unsur klasik.
       Selain dari mempamerkan imej yang klasik, mika juga telah menggunakan segala jenis barangan seperti pinggan, gelas dan sebagainya yang mempunyai bentuk-bentuk yang klasik yang boleh menjadi tarikan kepada orang ramai.. hal ini telah menambahkan lagi keaslian klasik yang mereka cuba pamerkan.
       Kata beliau, “ saya memilih imej klasik kerana saya dan suami melihat klasik merupakan satu yang unik dan jarang diminati oleh orang muda, jadi kami cuba untuk menonjolkan imej klasik melalui perniagaan kedai makan”.
      “ Kami telah memerhati bahawa di negeri Kelantan jarang untuk orang menemui kedai makan yang mengenakan imej klasik ini. Selain itu, kami juga lebih suka membeli barangan yang berunsurkan vintage.” ujarnya lagi.
       Tambah beliau, masakan yang di ketengahkan ialah berkonsepkan barat yang bersesuaian dengan imej restoran mereka dan mereka telah mendapati bahawa masakan barat telah menjadi pilihan ramai pada waktu malam.
      Walaupun mereka terkenal dengan masakan barat, mereka tetap tidak lupakan masakan tradisional yang menjadi pilihan kepada warga emas yang mengunjungi restoran mereka. Antara masakan tradisionalnya ialah nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang dan beberapa lagi menu yang lain. Manakala masakan barat pula ialah chicken chop, chicken grill, meatball, chicken popcorn, chicken wing, lamb chop n grill dan lain-lain.
      Dari segi minuman pula, mereka menyediakan air yang berasaskan buah. Yang paling menjadi pilihan ramai ialah air yang dikenali sebagai “mango jug”. Keaslian air dari buah mangga sebenar telah berjaya memikat hati pelanggan untuk terus singgah di Mika. Mereka menggunakan sebiji mangga dalam setiap gelas yang dihidangkan. Selain itu, air yang menjadi tarikan ialah ribena longan dan fruity dinasour.
         Menurut Zaidi, 24,  “ini merupakan restoren pertama yang menggunakan konsep klasik di Pasir Mas, setakat ini bagi saya ianya berjaya menarik hati orang ramai termasuk saya untuk terus mengunjugi Mika.
      Tambahnya, “ keenakan rasa samada dari segi masakan barat mahupun tradisional mampu menambat hati setiap orang yang datang. Setiap butir nasi yang dimakan, lebih-lebih lagi nasi kerabu amatlah terserlah kelembutan dan kesegaran,” katanya. 
 

Pelanggan yang sedang menikmati kepelbagaian jenis menu di mika d vintage



No comments:

Post a Comment