Gambar Pilihan

Wednesday 3 June 2015

SUASANA DESA JERUJU JANA EKONOMI PENDUDUK

Disediakan oleh : 
MOHD BADRUL HISHAM B. JALI
 Shambaek@yahoo.com.

Siapa sangka keindahan serta budaya tradisional lama mampu menjadi tarikan egro pelancongan pada masa kini. Suasana desa yang aman jauh lebih tenang dari suasana di bandar kini menjadi pilihan pelancong untuk bercuti serta beriadah.
Kampung Jeruju, Jerlun adalah merupakan sebuah desa yang dibangunkan semula oleh pihak kerajaan akibat peristiwa hakisan pantai yang melanda kawasan asal perkampungan tersebut sekitar tahun 1985.
Menurut pengerusi jawatan kuasa komuniti desa kampung Jeruju, Rosli Ahmad 54 kewasan asal penempatan adalah disekitar pinggir pantai, namun akibat kejadian pasang surut air laut pada tahun 1985 berlakunya hakisan pantai dan memaksa penduduk kampung yang tinggal di kawasan pinggir pantai berpindah ke satu kawasan lain.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Hafizi Zakaria, pihak MADA sentiasa memantau aktiviti yang dilaksanakan di perkampungan tradisional disamping memberi bimbingan latihan kepada pengusaha-pengusaha homestay bagi melatih mereka dalam urusan berkaitan perusahaan homestay.
Homestay kampung Jeruju mula wujud pada tahun 2000 dimana ianya merupakan salah satu idea kementerian luar bandar untuk membantu penduduk desa menjana pendapatan selain daripada melakukan aktiviti pertanian dan nelayan.

Homestay Kampung Jeruju, berada di pinggir laut dan berada di sekitar kawasan pertanian padi yang menghijau di setiap pelusuk desa. Keindahan ini akan dapat memberikan kepuasan dan ketenangan kepada pengunjung yang menginginkan suasana aman bagi merehatkan badan setelah kepenatan berada di bandar yang sesak.
Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan apabila pengunjung menginap di Homestay Kampung Jeruju. Antaranya ialah, turun ke bendang, memukat ikan di laut, mencari kerang di pinggir laut serta berbasikal di sekitar kawasan kampung.
Homestay yang lengkap dengan peralatan rumah seperti ruang tamu yang luas, bilik tidur, tandas, dapur untuk memasak akan menarik pengunjong untuk menginap di Homestay Kampung Jeruju ini. Selain itu, medan selera yang berhampiran pinggir laut akan memudahkan pengunjung untuk makan serta berehat sambil menikmati pemandangan laut serta melihat matahari terbenam di sebelah petang.
Para pengunjung homestay Kampung Jeruju juga kan berpeluang melihat pembuatan kraf tangan yang dihasilkan oleh penduduk kampung, kuih muih tradisional seperti kuih karas, bahulu dan pengunjung juga berpeluang pergi melihat ikan yang diternak oleh jabatan pertanian di sebuah pulau yang berhampiran dengan kampung.
Pekej yang disediakan di Homestay Kampung Jeruju adalah berpatutan iaitu RM 120 untuk semalaman dan menyediakan pekej kepada aktiviti pelajar universiti yang ingin merasai kehidupan tradisional di kampung itu.
Menurut pengerusi JKK Kampung Jeruju, kampung ini sudah biasa menjadi tumpuan pelajar melakukan aktiviti bakti siswa yang mana dimulai oleh pelajar kolej Mas, Universiti Utara Malaysia yang menginap selama lima hari empat malam bagi melakukan pelbagai aktiviti dikawasan kampung Jeruju.
Kampung Jeruju merupakan perkampungan yang berada di daerah Jerlun dan jarak antara kampung dengan bandar Alorstar 25 km. Kampung berhampiran dengan kuala sungai yang menjadi tumpuan masyarakat sekitar mendapatkan ikan segar yang baru ditangkap oleh para nelayan kampung.
Nama Kampung Jeruju diambil bersempena dengan nama pokok-pokok jeruju yang banyak tumbuh disekitar kampung dan ianya digunakan untuk tujuan perubatan pada suatu ketika dahulu. Daun pokok jeruju dikatakan dapat mengurangkan kadar gula dalam badan dan ianya dijadikan ubat bagi mengawal penyakit kencing manis.

No comments:

Post a Comment