Gambar Pilihan

Sunday 31 May 2015

BUDU CAP PETAI DAN PATI BILIS MENEMBUSI PASARAN THAILAND

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL ATIQAH BINTI SEMAIL 

nurulatiqah9255@yahoo.com

           BACHOK- Negeri Kelantan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan keunikan pelbagai makanan tradisional seperti budu.  Budu merupakan salah satu makanan yang menonjolkan identiti negeri Kelantan.  Budu merupakan sejenis pekasam yang diperbuat daripada ikan bilis.
            Pengusaha budu industri kecil (IKS) Hamidah Mohd Amin, 40 adalah antara usahawan budu yang Berjaya mengusahakan perusahaan budu sejak 18 tahun lalu. Beliau merupakan ibu kepada empat cahaya mata.  Beliau bersama suaminya Mohd Asri Mokhtar telah mengusahakan budu selama 18 tahun dan telah melabelkan budu keluaran mereka dengan jenama budu cap Petai dan Pati Bilis.
            pada permulaan perniagaan,beliau dan suami telah menjalankan perniagaan kicap, namun disebabkan masalah permintaan pasaran yang tidak begitu memberangsangkan, maka perniagaan kicap tersebut tidak bertahan lama.  Atas perniagaan kicap yang tidak bertahan lama,beliau bersama suaminya telah bertekad untuk memulakan semula perniagaan mereka tetapi bukan perniagaan berasaskan kicap, sebaliknya perniagaan budu. Bermodalkan RM12,000 beliau dan suami memulakan perusahaan budu secara kecil-kecilan.
            “ Bermodalkan modal RM12,000 saya dan suami memulakan perusahaan budu dan pada permulaan kami menjalankan secara kecil-kecilan sebelum mengembangkannya secara komersial ” katanya.
            Selain itu, budu cap Petai dan Pati Bilis ini mendapat permintaan yang tinggi di Thailand dimana setiap musim, Hamidah akan mengeksport budu keluaran kilang mereka ke Thailand.   Di Thailand,  budu cap Petai dan Pati Bilis Berjaya memikat hati masyarakat mereka kerana kesedapan rasa budu tersebut.
Jelas Hamidah, rahsia kesedapan budu itu, terletak pada tempoh budu tersebut diperam iaitu selama tiga bulan ataupun setahun, cara beliau memasak budu tersebut dan ramuan yang dimasukkan mengikut timbangan yang ditetapkan.
            Disamping itu juga, untuk memasak budu, beliau menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan dapur kayu.  Cara memasak menggunakan dapur kayu ini diwarisi dari arwah bapanya kerana arwah bapanya juga adalah pengusaha budu.
            “ Bagi mengekalkan kesedapan budu, saya memasak menggunakan dapur kayu kerana ia adalah cara tradisional  yang saya pelajari dari arwah ayah saya dan sehingga sekarang saya masih kekalkan cara memasak budu tersebut,” kata Hamidah.
            Cara memprosesan budu ialah dimulakan dengan ikan bilis yang siap diproses akan digaul dengan garam dan dimasukkan dalam bekas secara berperingkat. Selepas itu akan diperam selama tiga bulan atau setahun.  Selepas cukup tempoh diperam, ikan bilis akan dikisar menggunakan mesin khas dan dimasak menggunakan kawah besar dan diletakkan diatas dapur kayu.  Selepas budu itu masak, produk tersebut akan dimasukkan dengan perasa dan selepas itu, budu tersebut akan dibungkuskan kedalam botol dan dilabelkan.  Budu tersebut dijual dengan harga antara rm 1.70 dan rm 2.
            Dalam mengusahakan perusahaan budu, bagi usahawan kecil seperti Hamidah, beliau mempunyai cabaran yang terpaksa beliau lalui dimana beliau harus mengekalkan rasa dan mutu budu tersebut dan beliau terpaksa bersaing dengan pengeluar budu yang lain.
            Pengeluaran budu mereka mencapai sebanyak 24,000 botol sebulan dan kadang-kadang akan berubah bergantung kepada permintaan pembeli. Permintaan juga akan berubah jika musim cuti sekolah mahupun selepas perayaan kerana permintaan dari masyarakat Kelantan yang pulang ke Kelantan dan  ingin membawanya ke tempat mereka masing-masing.
            Kini,  Hamidah mampu tersenyum bangga kerana budu keluaran syarikat mereka Berjaya dipasar ke seluruh negeri Kelantan terutama dipasar-pasar besar. Selain itu, terdapat juga penjual dari luar negeri Kelantan yang datang mengambil budu keluaran mereka untuk dipasarkan diluar seperti di  negeri Terengganu.
            “ selepas 18 tahun saya mengusahakan perusahaan budu ini, saya mampu tersenyum kerana  banyak kejayaan yang saya perolehi dan saya capai sehingga kini dan yang mampu membuat saya tersenyum bangga budu keluaran saya mampu menembusi pasaran Thailand,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.
            Kini, pasaran budu keluaran syarikat mereka dengan label budu cap Petai dan Pati Bilis berjaya mendapat nama di hati masyarakat terutama di Thailand kerana rasa keenakan budu tersebut Berjaya membuat masyarakat percaya pada produk keluaran mereka.
           


 
         Hamidah  Mohd.Amin, pengusaha budu         

No comments:

Post a Comment