Gambar Pilihan

Sunday 31 May 2015

TEH TARIK MADU PAK MAT TARIKAN PELANCONG

Oleh:
Zaimah bt Seman
zaimahseman@gmail.com


Kota Bharu: Warung Pak Mat Teh Tarik Madu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung di Kelantan. Ia terletak di kampung Kedai Buloh yang berdekatan dengan Medan Ikan Bakar Pantai Cahaya Bulan (PCB).
     Warung diusahakan oleh Nik Mohammad Nik Mohd Nor, 50, lebih dikenali Pak Mat. Warung yang diusahakan dikenali sebagai warung Pak Mat Teh Tarik Madu. Menurutnya, tarikan utama kedainya untuk menikmati teh tarik madu lebah asli yang diusahakan. 
      Warung Pak Mat itu menjadi tumpuan ramai pelanggan seawal 7.00 pagi sehingga 4 petang setiap hari. Pada waktu ini, pelanggan boleh menikmati pelbagai juadah tradisional Kelantan yang disediakan. 


Keunikan Warung Pak Mat
Restoran yang beroperasi sejak dua tahun lalu menyediakan hidangan sup kepala ikan bersama teh tarik madu sebagai menu utama, selain lauk-pauk lain yang turut menjadi pilihan pelanggan apabila mereka singgah di warung Pak Mat.
        Teh Tarik Pak Mat menjadi tarikan kerana berbeza daripada teh tarik warung lain. Ia menggunakan tepung susu dicampur dengan sedikit madu yang menghasilkan buih. Teh tarik madu lebah berharga RM 3.00 segelas. 
        Campuran teh ais dan madu lebah asli dengan buih yang melimpah keluar daripada gelas memberikan rasa yang sangat enak. Tambahan pula, rasanya yang kaya dengan kemanisan tersendiri menjadikan rasa teh tarik madu lain daripada yang lain. “Kebanyakan pelanggan memesan lebih daripada segelas kerana rasanya sangat sedap”, menurut PakMat. 
        Selain itu, ia juga mempunyai resipi turun temurun yang jadi perhatian orang ramai iaitu sup kepala ikan. Anggaran sup kepala ikan seekor RM 50.00 mengikut saiz ikan.
        Keunikan sup kepala ikan di warung Pak Mat ialah isi ikan dan daging yang lembut ditambah sup yang mengandungi campuran perencah sup rahsia keluarga amat menyelerakan jika dimakan bersama nasi putih. “Beliau mewarisi resipi unik ini daripada arwah ibunya, Nik Zainab Nik Mud”, katanya lagi.
 
Lokasi strategik
Gerai Warung Pak Mat The Tarik Madu terletak dikawasan Pantai Cahaya Bulan, yang menjadi tempat tarikan pelancong. Pengunjung akan singgah terlebih dahulu diwarung Pak Mat untuk menjamu selera sebelum ke Pantai Cahaya Bulan (PCB).
        Disamping itu, dikawasan warung Pak Mat terdapat gerai- gerai yang menjual pakaian batik. Pelancong dapat mencari kain batik disamping menikmati juadah diwarung Pak Mat.

Sumber Pendapatan
        Warung Pak Mat bukan sekadar menyediakan makanan, tetapi kemunculan warung ini memberiakn punca rezeki kepada penduduk setempat. 
       Menyediakan pekerjaan kepada penduduk tempatan. Penduduk dapat mencari sumber pendapatan mereka dengan bekerja di warung Pak Mat.  
       Warung ini mempunyai 15 pekerja yang menjalankan perniagaan ini setiap hari.
 
Tarikan pelancong
Keunikan yang ada di Warung Pak Mat Teh Tarik Madu dapat menarik ramai pelancong untuk merasai kenikmatan rasa teh tarik madu dan sup kepala ikan.
        Ia berjaya menarik ramai pelancong dari dalam dan luar. Antara pemimpin dan selebriti popular yang pernah berkunjung ke sini ialah mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, keluarga kerabat diraja Kelantan, Lisa Surihani, Yusry KRU, Fizo Omar dan isteri, Mawar dan pemain The Red Warriors (TRW). 
        Artis yang sering akan singgah di warung Pak Mat ialah Fizo Omar. Tidak sah bagi beliau jikalau balik ke Kelantan tidak singgah di Warung ini.  Setiap kali beliau pulang ke kampung halaman, beliau akan singgah di warung Pak Mat terlebih dahulu.
 
Kepelbagaian di sekitar warung Pak Mat
Selain adanya warung Pak Mat, disekitarnya juga terdapat gerai Air Batu Campur (ABC). Pengunjung dapat menikmati keenakan rasa ABC yang ada disekitar untuk menghilangkan dahaga.
        Pengunjung juga dapat membeli keropok dari Kelantan disini. Disekitarnya terdapat kilang keropok iaitu “Keropok Cap Kapal’. Rasanya cukup enak untuk pelancong merasai keropok ini. 
        Seterusnya, terdapat juga Kelantan River Cruise bagi pelancong yang ingin menikmati pemandangan disekitar sungai Kelantan.  
        Kemunculan Warung Pak Mat dapat tarik kedatangan pelancong disamping memberikan sumber rezeki kepada penduduk tempatan. Resipi yang unik ini dapat memajukan lagi Warung Pak Mat dan dikenali oleh setiap masyarakat. 

 
                


Juadah yang disediakan di Warung Pak Mat Teh Tarik Madu

No comments:

Post a Comment