Gambar Pilihan

Sunday 31 May 2015

WARISAN KUAH ROJAK MAK BEE

Disediakan oleh: Ina shakina ibrahim
Email :ieynashakina@yahoo.com


Kuah rojak Mak Bee merupakan perniagaan warisan dalam keluarga Bibah binti Abdullah. Kini perniagaan Kuah Rojak Mak Bee diterajui oleh anaknya Hajah Mimi binti Ismail sejak 36 tahun pada tahun 1979 iaitu di bandar Alor Setar, Kedah.
Hajah Mimi merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Beliau merupakan seorang guru sekolah rendah.
Apabila ibunya mula sakit, perniagaan kuah rojak ini terpaksa dihentikan buat sementara. Oleh kerana tidak mahu melihat perniagaan tersebut dihentikan, beliau mengambil alih dengan mula belajar untuk membuat kuah rojak.
Nama Kuah Rojak Mak Bee sebenarnya diambil sempena nama pengasasnya iaitu Bibah binti Abdullah iaitu pengasas pertama perniagaan kuah rojak ini.
Menurut Hajah Mimi “idea asal untuk menghasilkan kuah rojak ini adalah daripada ibu saya sendiri. Idea perniagaan ini didorong oleh faktor kemiskinan. Bagi menampung kehidupan kami adik beradik selepas kematian ayah, mak terpaksa menjual apa sahaja barangan atau makanan untuk menampung pendapatan keluarga”.
“Pernah satu ketika dahulu, sewaktu adik saya mendapat panggilan temu duga untuk bekerja, mak sanggup menjual barang kemasnya untuk membeli pakaian yang baru untuk adik. Oleh sebab itulah, ibu saya mula berniaga secara kecil-kecilan”, kata beliau lagi.
Tambah beliau lagi, “semasa arwah mak masih ada, kuah rojak ini pada awalnya dijual secara kecil-kecilan bergantung kepada permintaan jiran-jiran terdekat sahaja”.
Selepas kematian ibunya, beliau mula mengambil alih perniagaan kuah rojak dan mula memasarkan produk secara meluas lagi. Produk juga mula dipasarkan ke pasaraya, kedai-kedai di kawasan pekan dan bandar.  
Selain itu, Hajah Mimi juga mula mengadakan promosi untuk meningkatkan permintaan terhadap produk kuah rojak. Promosi kebiasaannya dijalankan oleh pelanggan tetap Mak Bee khususnya promosi dari mulut ke mulut.
Kemajuan perniagaan Kuah Rojak Mak Bee juga telah memberi peluang pekerjaan  kepada masyarakat khususnya kepada suri rumah. Jika dahulu, bilangan pekerja hanyalah dua orang tetapi apabila permintaan semakin meningkat bilangan pekerja juga semakin bertambah. Melalui pekerjaan sampingan ini akan dapat menambah pendapatan keluarga.
Permintaan produk Kuah Rojak Mak Bee mendapat sambutan daripada pelanggan kerana rasa kuah rojak masih lagi sama seperti dahulu. Permintaan meningkat sekirannya musim buah mangga di kawasan utara.
Menurut Hajah Mimi untuk mengekalkan rasa kuah rojak seperti yang dibuat oleh arwah ibunya, kuah rojak akan  dimasak sendiri oleh beliau.
Ini menyebabkan proses pembuatan produk kuah rojak hanya dijalankan dirumah bukannya dikilang. Walaupun beliau mampu untuk menyewa kilang namun disebabkan faktor  ingin mengekalkan rasa yang asli beliau akan memasak sendiri kuah rojak tersebut.
Sepanjang tempoh menerajui perniagaan kuah rojak, pencapaian yang telah dilakukan oleh usahawanan kuah rojak ini ialah telah menjadikan produk Kuah Rojak Mak Bee terkenal diseluruh Malaysia. Ini telah membuktikan bahawa faktor kemiskinan bukan penghalang untuk berjaya.




                                   Produk Kuah Rojak Mak Bee

No comments:

Post a Comment