Gambar Pilihan

Sunday 31 May 2015

HOMESTAY ULU LEGONG DESTINASI EKO - PELANCONGAN


Oleh: NAZRATUL NAFISAH BINTI ABD MAJID
nazratul@yahoo.com.my


Destinasi eko-pelancongan dan homestay adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Hal ini berikutan tempat-tempat rekreasi yang menjadi tumpuan pelancong ada menawarkan perkhidmatan homestay.Homestay merupakan bilik rehat yang disediakan oleh penduduk tempatan untuk pengunjung yang datang. Homestay dan tempat pelancongan yang terkenal di Kedah ialah Air Panas Ulu Legong yang terletak di daerah Baling.
       Air Panas Ulu Legong Baling merupakan destinasi pelancongan yang popular di utara Malaysia dan merupakan satu-satunya pusat rekreasi air panas yang beroperasi 24 jam di Malaysia. Pusat rekreasi ini mula beroperasi sejak tahun 1998 dan ditadbir urus sepenuhnya oleh Jabatan Pelancongan dan Rekreasi, Majlis Daerah Baling.
      Kemudahan penginapan yang selesa serta aktiviti jungle traking turut disediakan bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak, Pusat Rekreasi Air Panas Legong merupakan pilihan yang tepat sebagai destinasi percutian.
       Kolam Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini juga merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah dan negeri-negeri yang berhampiran seperti Pulau Pinang dan Perlis. Pengunjung ini kebanyakannya akan bermalam di chalet dan homestay yang  terdapat di situ.
       Kewujudan Kolam Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini merupakan satu usaha yang baik dan bijak oleh kerajaan negeri Kedah. Dengan memiliki aset alam semula jadi yang mempesona, kerajaan negeri Kedah telah berjaya memanfaatkan sungai, air terjun, dusun buah-buahan, penempatan Orang Asli dan kolam air panas sebagai produk pelancongan Homestay Keda Ulu Legong (HSKUL). Melalui projek pelancongan Inap Desa Keda, kampung berkenaan telah menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
       Desa Keda Ulu Legong adalah sebuah perkampungan penempatan semula yang tersusun di bawah program Pembangunan Kampung Tradisional dan Desa ini merupakan desa pertama yang dibina di daerah Baling. Penduduk desa telah mengambil inisiatif menjadikan rumah mereka sebagai homestay. Tambahan pula, penggunaan homestay pada musim cuti persekolahan adalah amat banyak.
Bukan saja sekadar homestay malah penduduk kampung tersebut mengambil inisiatif lain dengan menambah pelbagai prasarana bagi memperkenalkan homestay di perkampungan mereka. Antaranya ialah bengkel membuat kuih tradisional, kilang mencetak T-shirt dan cenderamata, kawasan- kawasan untuk permainan tradisional dan sebagainya.
      Menurut Mohd Khir Abdullah, 53, ketua komuniti di Keda Ulu Legong ini, penambahan prasarana ini sejajar dengan matlamat kerajaan negeri untulk membangunkan kawasan yang berpotensi menjadi tumpuan pelancong terutamanya di kawasan luar bandar.
         Pengurusan homestay di Ulu Legong sangat sistematik. Persekitaran homestay yang bersih dan selesa membuatkan pengunjung tidak serik untuk datang lagi. Bayaran yang digunakan juga sangat berpatutan iaitu bermula dari RM70 - RM100 bergantung kepada jenis bilik yang dipilih.
      Tambahan lagi, aktiviti seperti bermain permainan tradisional, masak masakan tradisional masyarakat tempatan, kunjungan atau lawatan ke kampung berhampiran juga merupakan pakej lengkap yang disediakan di homestay Ulu Legong ini. Jadi, pengunjung yang datang bukan hanya untuk mandi air panas sahaja malah dapat menikmati suasana kampung yang jarang dinikmati oleh orang ramai.
       Tempat menarik yang menjadi perhatian semasa dalam perjalanan ke Air Panas Ulu Legong ialah perkampungan orang asli. Pengunjung akan dapat melihat sendiri kehidupan orang asli jika berpeluang singgah dan beramah mesra dengan orang asli
        Jadi, dengan pembinaan homestay ini ia telah berjaya mencapai objektif iaitu untuk menjadikan kawasan tersebut tumpuan pelancong. Secara tidak langsung ia juga akan mempopularkan kawasan tersebut dengan kadatangan pelancong-pelancong luar ke Keda Ulu Legong ini. 


Antara kolam air panas yang ada di tempat rekreasi ini











1 comment:

  1. Hotel Las Vegas, NV Casinos - Mapyro
    View the 김제 출장안마 Wynn Las Vegas, NV Casinos location map and 안양 출장샵 check for activity. Hotel Las Vegas, 광주 출장마사지 Nevada Casinos. 고양 출장마사지 Wynn Hotel 제주 출장마사지 & Casino, Las Vegas, Nevada.

    ReplyDelete