Gambar Pilihan

Monday 1 June 2015

BISNES TOPUP JANA PENDAPATAN MAHASISWA




OLEH: ADILLATUL HASIF NASAH


Kos sara hidup semakin meningkat selaras dengan kos barangan di pasaran. Kesan ekonomi ini turut dirasai oleh golongan mahasiswa yang sudah pasti memerlukan wang yang lebih untuk menampung perbelanjaan seharian. Sekadar cuma mengharapkan wang PTPTN sahaja, ianya tidak mengcukupi.
Terkesan dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup, idea kreatif untuk menjana pendapatan mendorong mahasiswa menjalankan perniagaan menjual topup. Dalam rencana kali ini, saya ingin kongsikan cara mudah untuk mahasiswa menjana pendapan dengan hanya menjual topup.
Percayakah anda, mahasiswa yang menjual topup boleh menambah pendapatan RM 1000 sebulan. Kita sedia maklum, topup merupakan produk wajib untuk beli oleh setiap pelajar. Boleh dikatakan setiap yang menggunakan telefon prabayar pasti akan membuat pembelian topup setiap hari. Pelajar juga memerlukan topup untuk berhubung dengan ibu bapa, pensyarah dan juga rakan-rakan.  
Menjual topup di universiti dapat menjana pendapatan yang besar. Oleh kerana sikap pelajar yang  suka bergayut di telefon dan suka menghantar sms, mereka akan melebihkan perbelanjaan mereka kepada pembelian topup. Keadaan ini akan memberi keuntungan kepada penjual topup.
Tambahan pula bagi pelajar yang duduk di kolej kediaman, tentunya mereka ini malas untuk keluar ke kedai semata-mata untuk membeli kad tambah nilai. Akhirnya, mereka akan mencari agen-agen topup yang berdekatan untuk mendapatkan tambah nilai dengan cara yang lebih mudah.
Menurut Maizatolelyza, 23, yang menjalankan bisnes sebagai penjual topup, mereka sentiasa dihubungi oleh rakan-rakan yang mengenali untuk mendapatkan topup.
“Dalam perniagaan menjual topup ini, saya tidak perlu mencari pelanggan untuk membeli produk kami, akan tetapi pelanggan sendiri yang datang untuk membeli produk yang kami tawarkan”
“Dalam kampus, kita tidak perlu risau, pelanggan sentiasa ada. Tambahan pula jika kita tinggal di kolej kediaman, rakan-rakan yang berada dalam satu blok dengan kita akan sentiasa menggunakan perkhidmatan tppup”, kata beliau.
“Dalam perniagaan topup ini juga, kita tidak memerlukan permis jualan sebagai mana peniagaan lain. Kita juga tidak memerlukan pekerja untuk membantu kita menguruskan perniagaan. Kita hanya perlu aktifkan telefon sahaja. Sebab itu kita mudah untuk mengendalikan perniagaan ini.” tambahnya lagi.
Modal permulaan untuk menjadi agen penjual topup cukup rendah.  Mereka hanya perlu melakukan sedikit aktiviti promosi kepada rakan-rakan untuk memulakan perniagaan tambah nilai mereka.  Namun keuntungan yang diperoleh daripada menjual tambah nilai ini cukup memuaskan. Rata-rata ejen akan mendapat 3% – 5% daripada kos jualan mereka. Contohnya, jika pelanggan menambah nilai prabayar sebanyak RM10, ejen hanya akan mendapat RM0.30 – RM0.50. 
Sekiranya pelajar rajin dan mempunyai pelanggan yang ramai, mereka akan mendapat jualan yang banyak sekaligus meraih keuntungan yang berlipat kali ganda. Dengan memberikan perkhidmatan 24 jam kepada pelangan, pendapatan mereka juga diperoleh secara terus tanpa menunggu masa yang lama. 
Seorang lagi agen penjual topup ditemui, Hamizah Hj. Drahman, 23, berkata, menjual topup ini mudah mendapat keuntungan yang tinggi kerana modal yang diperlukan sangat rendah.
“Semasa saya memulakan perniagaan ini, saya cuma bermodalkan RM110 dan memperoleh keuntungan sebanyak RM56 jika ditolak daripada modal yang telah digunakan.”
“Oleh kerana permintaan yang sangat tinggi daripada pelanggan, saya menambah modal sehingga RM1000 untuk dua minggu. Hasilnya juga sangat memberangsangkan apabila saya boleh mendapat keuntungan bersih lebih dari RM1000 sebulan.”
Ujarnya lagi, “Pada mulanya, saya juga tidak percaya bahawa perniagaan sebegini mampu memberi keuntungan yang besar kepada saya. Apabila saya mengalaminya sendiri, saya yakin dapat meneruskan perniagaan ini untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar lagi.”
“Alhamdulillah, dengan perniagaan ini juga saya mampu berbelanja dengan hasil pendapatan saya sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada keluarga. Bagi saya, perniagaan topup ini banyak membantu saya untuk menjana pendapatan semasa berada di universiti.” 









No comments:

Post a Comment