OLEH: ADILLATUL HASIF
NASAH
ALOR SETAR 28 April-
Seramai 21 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Utara Malaysia
(UUM) menimba ilmu komunikasi pembangunan melalui lawatan korporat ke beberapa
buah organisasi di sekitar Bandaraya Alor Setar baru-baru ini.
Lawatan
ini melibatkan tiga buah organisasi kerajaan iaitu Hospital Sultanah Bahiyah,
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
Lawatan
ke organisasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar jurusan
komunikasi tentang proses pelaksanaan aktiviti komunikasi oleh organisasi badan
berkanun khususnya memberi kesedaran kepada masyarakat dalam hal ehwal
pembangunan.
Menurut
Adzuldin Mohamed, Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Sultanah Bahiyah Alor
Setar Kedah, komunikasi yang paling efektif untuk memberi kesadaran masyarakat
berhubung dengan isu pembangunan kesihatan ialah dengan kaedah bersemuka.
“Jabatan
Kesihatan akan sentisa turun padang berjumpa dan bersemuka dengan masyarakat
untuk memberi pendedahan dari aspek penjaggaan kesihatan seperti denggi,
malaria dan sebagainya” ujar beliau.
Pendapat
tentang keberkesanan komunikasi bersemuka dalam menyampaikan maklumat
prmbangunan kepada masyarakat turut disokong oleh Zulfadli Zakaria, Pengarah
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dan Mohd Hafizi Zakaria, Ketua Pegawai
Perhubungan Awam MADA.
Selain
itu, program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui secara
lanjut tentang pekhidmatan yang ditawarkan
oleh organisasi terlibat bagi membantu pembangunan masyarakat tempatan. Jelas
pensyarah pengiring Nor Hayati Jalil.
Menurut
peserta program, Siti Salina M. Ramli, 23, banyak infomasi yang
diperoleh melalui program lawatan korporat ini.
“Program
ini telah mendedahkan kami tentang bagaimana cara sesebuah organisasi
menyebarkan idea dan makumat pembangunan kepada masyarakat terutamanya pada
zaman moden sebegini.”
Tambahnya
lagi, “Sepanjang program ini, kami telah didedahkan tentang aktiviti pembangunan
yang dianjurkan oleh organisasi bersama masyarakat setempat.”
“Melalui
perkongsian interaksi dan pengalaman, pihak organisasi telah memberikan
gambaran yang jelas kepada kami tentang proses-proses komunikasi yang digunakan
oleh organisasi untuk menyampaikan maklumat pembangunan kepada masyarakat,”
tambah Salina lagi.
Seorang
lagi peserta program, Mohd Badrul
Hisham Jali, 23, turut memberikan sokongan terhadab penganjuran program
sebegini.
“Program
sebegini dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar komunikasi
untuk menghadapi alam perkerjaan pada masa akan datang,” kata Badrul.
“ Dalam setiap sesi taklimat, kita didedahkan dengan
pelbagai tugasan-tugasan yang dilakukan oleh organisasi untuk menyebarkan
maklumat kepada masyarakat. Semasa berada di dalam kelas, kita didik secara
teori tentang bagaimana menyebarkan maklumat kepada orang awam, namun dalam
lawatan ini kita boleh melihat secara praktikal bagaimana tugasan ini
dilakukan,” ujarnya.
Program
ini juga turut disertai oleh dua orang pensyarah pengiring iaitu Mohd Baharudin
Othman dan Nor Hayati Mohd Jalil.
Antara peserta dan
pensyarah yang terlibat dalam lawatan korporat
No comments:
Post a Comment