Gambar Pilihan

Monday 1 June 2015

Siswa Jual Jam Tangan RM32000.

Oleh : Faizal Razak
Jejairock92@gmail.com



 

Kehidupan sebagai seorang mahasiswa sememangnya amat mencabar, bukan sahaja dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah tetapi juga program dan aktiviti serta peperiksaan akhir. Kos sara hidup yang semakin meningkat juga tidak terkecuali menjadi salah satu cabaran kepada siswa. Namun hal ini tidak menghalang seorang mahasiswa Ahmad Syahir Hamdi atau lebih mesra dengan panggilan Syahir untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Berbekalkan modal sebanyak RM5000 yang disimpan daripada duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) serta daripada ibunya sendiri, Syahir telah memulakan perniagaan menjual jam tangan secara “online”.
G-Shock, jenama jam yang menjadi ‘trend’ masa kini telah dipilih untuk menjadi produk jualan dia kerana ia sudah terkenal di negara ini dan menjadi kegilaan para remaja selepas jam tangan tersebut dipakai oleh artis komedi terkenal iaitu Zizan Razak.
Menurut Syahir, jam tangan tersebut diimport sendiri oleh dia dari negera pengeluar seperti Jepun, China, dan Thailand dan urusniaga tersebut dilakukan secara ‘online’. Tambahnya lagi, walaupun terpaksa menanggu kos penghantaran tetapi ia lebih berbaloi kerana harga jam tersebut lebih murah jika diimport dari negara-negara tersebut. Nilai jam tertinggi yang pernah diimport oleh beliau ialah sebanyak RM32000 iaitu sebanyak 30 utas jam tangan.
Kesemua jam tangan yang diimport ini dipasarkan secara ‘online’ menerusi Group G-Shock, forum, Ebay, blog, Instagram, Mudah.my, dan Line. “Lepas tamat belajar nanti insyaAllah, saya akan buka kedai jam saya sendiri”, kata Syahir.
Bungkusan jam hilang ataupun rosak merupakan antara risiko yang perlu dihadapi oleh dia. “Saya pernah kerugian RM5000 akibat ditipu oleh pembekal daripada Thailand”, ujar Syahir. Namun perkara sebegini tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan perniagaan ini.
Perniagaan yang dijalankan sejak dua tahun yang lepas kini telah membuahkan hasil apabila dia telah berjaya mendirikan rumah tangga. Menurut dia, perkahwinan tersebut semuanya menggunakan duit dia sendiri hasil daripada keuntungan menjual jam tangan. “Alhamdulillah, lepas kahwin rezeki makin murah, saya pernah dapat untung RM600 untuk seutas jam”, kata Syahir.
Bercakap mengenai rahsia kejayaan, dia berkata usaha yang berterusan dan tawakal adalah amat penting. Selain itu, kita jangan malu untuk mencari rezeki yang halal dan biar orang nampak kita selekeh kerana mereka tidak tahu tentang diri kita.
“Nak buat bisnes apa sekali pun kena ada minat, jangan berangan-rangan sahaja, jangan takut risiko, yang penting ada ilmu untuk mengatasi risiko, jangan jadikan modal yang kecil sebagai penghalang dan yang penting usaha dan ikhtiar”, ujar Syahir.


Antara jam tangan yang diimport untuk dijual.



No comments:

Post a Comment