Gambar Pilihan

Monday 1 June 2015

Pesara Guru Usaha restoran Nasi Ulam




Disediakan oleh:
Nurul Hasnizan Bt Ramali



Pelanggan Restauran Nasi Ulam Cikgu menjamu selera



Restoran Nasi Ulam Cikgu sememangnya terkenal di Kota Bharu, Kelantan.  Nama pemiliknya iaitu Cikgu Hamid Idris merupakan bekas Guru Ekonomi lulusan Universiti Putra Malaysia. Restoran ini pada mulanya dibuka di hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM) Kubang Kerian semenjak 15 tahun dahulu dan dikenali sebagai Restoran Ikan Haruan sebelum beroperasi di Kampung Kompleks Kraftangan Kota Bharu Kelantan.
Minat Pesara Guru
Menurut Cikgu Hamid Idris, beliau menguasahakan Restoran Nasi Ulam kerana meminati bidang perniagaan. Minat terhadap bidang perniagaan telah tersemat dalam dirinya sebelum memilih kerjaya Guru lagi.
Menurut, beliau lagi, demi memenuhi kerjaya penguruan beliau terpaksa membatalkan niat untuk memulakan perniagaan. Namun begitu, sepanjang menjadi guru beliau banyak merancang dan mencari maklumat mengenai pengusahaan restoran makanan.
Setelah beberapa tahun, niat untuk memulakan perniagaan telah kembali dengan dengan adanya pelbagai maklumat mengenai. Hal ini terbukti apabila mula mengusahakan kedai makan kecil yang dibuka di hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM) Kubang Kerian sebelum dibuka di Kampung Kraftangan.
“Sepanjang melaksanakan perniagaan Restoran Nasi Ulam ini saya menghadapi pelbagai kekangan dari aspek kewangan, pembahagian masa dengan kerjaya guru dan tempat. Namun begitu, hal ini tidak mendatangkan masalah bagi saya kerana ianya sebagai cabaran dalam menempuhi dunia perniagaan yang sebenar” katanya.

Pelbagai Aneka Makanan
Restoran Nasi Ulam menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk seperti ikan keli goreng berempah, ikan keli gulai darat, asam pedas ikan patin, ikan singgan, sayur lemak campur, ayam goreng berempah, ikan keli percik dan ikan bakar.
Selain itu, lebih 20 jenis ulam-ulaman mentah dan celur seperti pegaga, pucuk ubi, pucuk beko, timun, dan sebagainya. Restoran ini turut menyediakan budu, tempoyak, sambal belacan  kepada penduduk tempatan dan penduduk luar Kelantan.
Menurut Cikgu Hamid yang juga selaku pengurus restoran, kesemua bekalan bahan mentah diperoleh daripada beberapa pembekal tempatan sekitar Pasir Mas, Bachok dan Pasir Puteh.

Keunikan Restoran Nasi Ulam Cikgu
Restoran ini menjadi tarikan pelanggan kerana berada di tengah-tengah pusat Bandar Kota Bharu. Hal ini menyebabkan restoran ini menjadi tumpuaan utama masyarakat sekitar atau luar untuk menjamu selera kerana berada berdekatan dengan pusat membeli belah, muzium negeri dan sebagainya.
Daya tarikan kawasan sekitar kampung kraftangan turut menarik perhatian pelanggan kerana kawasan sekitarnya mempunyai pemandangan yang menarik yang berkonsepkan tradisional.
Menurut Laila, 26, beliau sering berkunjung ke restoran ini memandangkan ia berada di Bandar  dan terdapat kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi yang di kawasan tersebut.
Cawangan baru
Dengan populariti restoran ini dan atas permintaan pelanggan, sebuah lagi cawangan restoran ini dibuka di Taman Orkid Tengku Anis di Pengkalan Chepa pada awal Januari 2005. Ia dikendalikan oleh isterinya dan dibantu enam anaknya yang lain dengan 20 pekerja.
Menurutnya lagi, prinsipnya mudah iaitu mahu memberi tumpuan kepada dua restoran sedia ada dan tidak mahu mengecewakan para pelanggan di sini yang kebanyakannya dianggap sebagai teman karib.





No comments:

Post a Comment