Gambar Pilihan

Monday 1 June 2015

Budu Tiub Tembusi Pasaran Antarabangsa




Mohamad Hisyamudin Zakaria
Mrrabbit9292@gmail.com


Pengalaman tidak dibenarkan menaiki pesawat komersil untuk ke China gara-gara membawa sebotol budu berjaya memberi inspirasi kepada Mat Ismail Jusoh, 63 iaitu pengusaha perusahaan Budu Cap Ketereh untuk komersialkan produk keluarannya dengan mencipta pembungkusan budu dalam tiub.
Sebelum ini kilangnya yang terletak di kampung Genting, Tumpat, Kelantan hanya mengeluarkan produk budu dalam botol, namun selepas tercetusnya idea tersebut, maka beliau membuat satu produk budu baru pakej baru iaitu budu dalam tiub
Inisiatif pengeluar budu terkenal Budu Cap Ketereh tercetus menerusi inovasi yang dibangunkan bersama Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) serta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).
Menurut Mat Ismail Jusoh, melalui pembungkusan dalam tiub ini akan dapat menyelesaikan masalah penggemar budu yang mahu membawa budu ketika ke luar negara kerana pek botol memang tidak dibenarkan dibawa dalam penerbangan.
Beliau berasa bangga atas usahanya apabila hasil jualan budunya bukan saja mendapat permintaan tinggi dalam negara, malah akan dieksport ke luar negara dalam tempoh terdekat. Budu tiub juga tersebut akan dieksport ke Thailand dalam masa terdekat, menurut Mat Ismail.
Budu dalam tiub tersebut dijual dengan harga RM1.20 setiap satu dan dihasilkan dalam bentuk yang pekat untuk menjimatkan. Oleh itu pengguna perlu mencampurkan sedikit air apabila ingin makan, jadi mereka boleh menjimatkan penggunaan budu tersebut.
Menceritakan kembali pengalaman Mat Ismail Jusoh, mulanya beliau mengusahakan perusahaan budu Cap Ketereh pada tahun 1978, di mana perniagaan tersebut dijalankan secara kecil-kecilan di belakang rumahnya. Apabila perniagaannya semakin mendapat sambutan barulah beliau membina kilang untuk memproses budu.
Selepas berpengalaman memasarkan budu di kawasan berhampiran, Ismail berjaya menerokai perniagaan hingga ke seluruh negara termasuklah Sabah dan Sarawak apabila beberapa pengedarnya membawa budu keluaran kilangnya ke sana.
Sikapnya yang  jujur, tidak sombong dan amanah menjadi resepi dalam kejayaan beliau. Bagi memastikan produknya kekal lama, Mat Ismail berkata bahan utama iaitu ikan bilis perlu dipastikan segar sebelum diproses bersama garam, cili, asam jawa dan air manisan untuk menjadi budu.
Mat Ismail berharap dengan pembungkusan budu dalam tiub yang moden dan bersih ini juga akan membantu usaha menembusi pasaran antarabangsa.



No comments:

Post a Comment