Sintok:
Universiti Utara Malaysia telah mengadakan pertandingan sukan trek dan padang
diantara kolej bagi memupuk semangat kesukanan mahasiswa UUM baru-baru ini.
Kejohanan
tahunan yang dikenali sebagai SUKUUM bermatlamat untuk menggalakkan pelajar
kekal aktif dalam bidang sukan selain daripada bidang akademik.
SUKUUM
dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Dr. Mohd Dino khairi di kompleks sukan Universiti Utara Malaysia.
Beliau
berharap pelbagai pihak termasuk kerajaan dan badan bukan kerajaan terutamanya
melibatkan golongan belia perlu memastikan pembangunan bersesuaian dengan cita
rasa generasi muda.
Tambah
Beliua, kementerian akan terus memberi tumpuan yang seimbang terhadap sukan dan
belia juga akan memastikan keseimbangan terhadap dua bidang itu dapat dicapai.
"Aspek
sukan dilihat lebih menonjol daripada belia terutama di dada akhbar dan medium
media yang lain.
"Kita
akan cuba angkat profil belia, pembangunan belia supaya setara dan setanding
dengan pembangunan sukan supaya tumpuan kita bukan hanya kepada sukan sahaja
tetapi kepada aspek penting iaitu belia," katanya.
Beliau
berkata inisiatif itu juga selaras dengan usaha kerajaan melahirkan golongan
belia yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik atau sukan malah mampu
menjadi belia contoh dalam pelbagai aspek.
"Belia
di negara ini perlu memahami aspirasi kerajaan bagi melahirkan golongan belia
yang serba boleh. Golongan belia tidak seharusnya berada di takuk lama atau
hanya selesa dalam satu bidang sahaja, mereka perlu terokai pelbagai
bidang," katanya.
“Pelajar
ditekankan supaya berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik, namun pencapaian cemerlang dalam akademik harus diiringi dengan
kecemerlangan dalam bidang sukan”, katanya.
Pendidikan
bukan proses pembelajaran akademik sahaja yang penting, pembelajaran dari segi
riadah dan rekreasi juga penting dalam memastikan kecergasan dan kecerdasan
otak pelajar untuk meneruskan sesi pembelajaran akademik yang lebih mantap, jelas
beliau
Dr
Ahmadasri Alaudin berkata, penglibatan
pelajar dalam kegiatan kokurikulum sejak di bangku sekolah bukanlah usaha
sia-sia, sebaliknya akan membantu mereka pada kemudian hari dalam menempuh
cabaran yang lebih besar.
Beliau
berharap melalui aktiviti sukan yang dianjurkan ini dapat mencungkil bakat muda
dalam bidang sukan sekaligus turut melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik.
Ini
selaras dengan falsafah pendidikan negara amat jelas iaitu berusaha secara
berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
No comments:
Post a Comment