Gambar Pilihan

Wednesday 29 April 2015

CAREER TALK G2E BANTU TINGKATKAN KREADIBILITI MAHASISWA


Oleh Nurul Atiqah bt Semail
princess_sakura60@yahoo.com


       
Pelajar sedang mendengar ceramah

 SINTOK- Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) baru-baru ini telah menganjurkan satu program G2E “career talk” yang berlangsung di SAC pada 17  Mac 2015.  Program ini dihadiri oleh para pelajar Universiti Utara Malaysia ( UUM), khususnya pelajar tahun akhir.
     Program G2E merupakan satu program yang seringkali dianjurkan oleh unit HEP bagi membantu menyampaikan maklumat kepada para pelajar. Program G2E ini mempunyai beberapa modul dan diadakan setiap semester mengikut modul yang diitetapkan.
    Tujuan utama, program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat tentang persediaan para pelajar, khususnya pelajar tahun akhir bagi menghadapi sesi “interview” dan persediaan resume yang lengkap kepada organisasi-organisasi yang akan dihadiri oleh mereka untuk memohon pekerjaan.
    Program ini juga diadakan  juga untuk memperkenalkan pelajar kepada peningkatan tahap kreadibiliti dan keyakinan diri yang lebih baik dalam menghasilkan satu bentuk resume yang baik bagi setiap pelajar.
     Semasa berlangsungnya program ini,  pelajar juga dikehendaki mengisi peluang kerjaya di dalam jobstreet dan beberapa industri lagi yang  dibantu oleh pihak dari jobstreet dan dari situ pelajar dapat melihat peluang kerjaya yang ada pada masa kini.
    Menurut Azlina Ahmad, 23 tahun   pelajar tahun akhir jurusan motic. Tujuan beliau mengikuti program G2E modul  career talk”  ini adalah untuk memahami cara membuat resume dengan baik dan persiapan untuk menghadiri temuduga pada masa akan datang.
     “ Dengan mengikuti G2E career talk ini, memberi saya satu input atau faedah yang berguna bukan sahaja kepada saya, malah kepada mahasiswa yang lain kerana program “career talk G2E”  ini memberi sedikit sebanyak maklumat kepada kami cara membuat resume yang baik.
    Tambahnya lagi “ semasa mengikuti program ini,  saya mengetahui tentang persiapan untuk menghadiri temudaga, kemahiran berkomunikasi, cara menyusun sijil dan cara berpakaian. Hal ini kerana perkara-perkara ini akan dinilai semasa menghadiri temuduga untuk memohon sesuatu pekerjaan dalam industri”.
     Selain itu, penceramah-penceramah yang mengendalikan program “career talk” ini merupakan barisan pengurusan dari industri jobstreet yang mempunyai kemahiran serta pengalaman yang luas dalam pengambilan pekerja baru, jadi sudah pasti mereka mempunyai banyak pengalaman yang dapat dikongsikan kepada para pelajar tentang sesi temuduga dan membuat resume.
    Para pelajar juga turut diberi pendedahan mengenai cabaran menghadapi dunia kerjaya apabila mereka tamat belajar nanti serta persaingan dalam merebut pekerjaan kerana pada masa kini dunia pekerjaan semakin sukar.
     Program “career talk” memberi manfaat serta pengisian yang amat bermakna kepada para pelajar kerana mereka dapat mengisi waktu mereka dengan memperolehi maklumat tentang membuat resume dan menghadiri temuduga apabila mereka habis  belajar nanti, jadi program ini dapat memberi manfaat kepada setiap pelajar.

No comments:

Post a Comment