Gambar Pilihan

Wednesday 29 April 2015

Pesta Buku galak penggunaan BB1M?



Oleh:
Zaimah Bt Seman 
Ayu Azwanie Bt Azahari
Nazratul Nafisah Bt Abdul Majid
Nurul Hasnizan Bt Ramali
Nor Fatiehah Bt Mohd Nor
Siti Salina Bt M. Ramli
Maizatolelyza Bt Mohd Termedzi

 
                            Salah seorang mahasiswa yang membeli buku menggunakan baucar



Sintok: Program Pesta Buku telah diadakan pada 22 Mac hingga 28 Mac 2015. Pesta ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelajar- pelajar Universiti Utara Malaysia dan pelawat- pelawat iaitu sekolah yang berhampiran. Program ini telah diadakan bertempat di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah Universiti Utara Malaysia.
    Objektif Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)  ialah inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk semangat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Sambutan Pesta Buku Utara
    Sepanjang pesta ini berlangsung, sebanyak 45 buah gerai yang terlibat. Antara gerai yang ada ialah Penerbit USM, Penerbit UPSI, Penerbit UKM, Koperasi UUM Berhad dan banyak lagi.
    Menurut Hann, 27, wakil daripada penjual buku ‘The Pocket Press” mengatakan bahawa sambutan daripada pelajar UUM amat memberangsangkan. Pelajar telah menggunakan baucar buku untuk membeli buku digerainya.
    Dengan sambutan daripada pelajar dan pengunjung, hal ini juga akan dapat menggalakkan penjual untuk terlibat secara langsung dalam pesta seperti ini pada masa akan datang, menurutnya lagi.

Tujuan BB1M
    Nilai Bantuan BB1M bernilai sebanyak RM250 yang diberikan kepada setiap pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) adalah bertujuan untuk mengurangkan bebanan golongan pelajar demi membeli buku dan peralatan alat tulis ketika mereka di universiti mahupun di tempat pengajian masing-masing.      

Penggunaan  BB1M 2015
Agihan BB1M akan dimaklumkan oleh institusi pengajian dan pelajar boleh membuat tuntutan melalui pihak institusi tersebut jika belum menerima BB1M tahun 2015.  
    BB1M digunakan di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini dengan  hanya mengemukakan BB1M dan kad pengenalan.
    Penggunaan BB1M tidak boleh dipindah milik, ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga.   
  
Gelagat Pengguna BB1M
Penggunaan baucar buku yang pelbagai menyebabkan adanya kebaikan dan kelemahan. Hal ini bergantung kepada pelajar tersebut memanfaatkan baucar buku yang diterima.
     Antara kebaikan baucar buku ialah dapat meningkatkan atau memupuk sikap membaca dalam kalangan pelajar  dan dapat membuka minda serta menambahkan pengetahuan pembaca.
      Terdapat juga kelemahan apabila adanya baucar buku ini iaitu tempoh penggunaan baucar buku yang terhad membuatkan pelajar menjadi tergesa-gesa menghabiskan baucar dengan membeli bahan bacaan yang tiada kepentingan.
      Antara barangan lain yang dibeli oleh pemegang baucar seperti pakaian, barangan elektronik, tudung dan lain- lain.
    Menurut Encik Azmi Rahman, baucar buku perlu digunakan untuk membeli buku yang bersesuaian sahaja.
      Menurutnya lagi, tahun ini tidak banyak buku yang dipamerkan. Terdapat banyak buku-buku yang lama, antaranya buku yang diterbitkan pada tahun 2009. Pihak penjual seharusnya menjual buku-buku yang terkini.

No comments:

Post a Comment