Gambar Pilihan

Wednesday 29 April 2015

TENTANG KAMI


    Kami merupakan pelajar- pelajar daripada Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian. Kami daripada pelajar komunikasi yang mengambil Kursus  Kewartawanan Pembangunan (SCCD 3233) yang terdiri daripada 15 orang pelajar dan dipantau oleh En Mohd Baharudin bin Mohd Hadza @ Othman.
 
    Blog Ekspresi 15 telah ditubuhkan pada tahun ini. Tujuan Blog ini diwujudkan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat tentang perkembangan semasa yang berlaku didalam dan  luar UUM.  Selain itu, dapat memberi input yang berguna kepada masyarakat. Masyarakat juga boleh berkongsi pendapat dan idea melalui blog ini.

       Blog ini juga ditubuhkan adalah untuk mendorong pelajar yang mengambil khusus ini menyumbangkan idea dan dapat membantu gaya penulisan yang baik. pelajar juga dapat belajar untuk mengolah sesuatu isu samada dalam kampus mahupun luar kampus. 

            Selain itu, kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus Kewartawanan Pembangunan ini.
     Diharap agar blog ini dapat memberikan sedikit maklumat kepada pembaca berkaitan dengan isu- isu pembagunan. Terima kasih atas kunjungan teman-teman ke blog kami, Blog Rujak. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment