Gambar Pilihan

Wednesday 29 April 2015

3K bina modal insan mahasiswa


OLEH NAZRATUL NAFISAH ABD MAJID 
nafisahmajid@yahoo.com

Sintok – Karnival 3K Pusat Budaya dan Seni UUM telah berjaya membina modal insan mahasiswa. Karnival yang berlangsung baru- baru ini telah dirasmikan oleh En. Dino Khairri Shariffudin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
     Karnival 3K iaitu kesenian, kebudayaan, keusahawanan telah melakukan pelbagai aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada mahasiswa. Antaranya ialah pertandingan nyanyian, jualan, dan sebagainya.
     Penyediaan aktiviti melalui karnival 3K ini akan menjadi asas permulaan kepada penjanaan modal insan yang gemilang dan terbilang dalam diri mahasiswa. Modal insan merupakan asas untuk pengembangan atau mencapai sesuatu yang dihajati oleh manusia.
     Seiring dengan objektif karnival 3K sebagai pentas  pembelajaran kepada pelajar yang menjadi urusetia kepada setiap program tentang  menguruskan sesebuah program tersebut supaya berjalan dengan lancar dan melatih mereka untuk menghadapi setiap kesulitan, kesusahan yang akan berlaku sepanjang menjayakan program tersebut.
     Selain itu, karnival 3K ini juga dapat memberi faedah kepada mahasiswa apabila mereka menempuh alam pekerjaan. Semua sedia maklum kita bahawa alam pekerjaan dan pembelajaran adalah berbeza.
     Menurut En. Dino Khairri Shariffudin, jika kita inginkan yang terbaik kita haruslah bekerja keras dan usaha yang berterusan untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.
Melalui karnival ini juga ia akan dapat menyuntik semangat pelajar untuk sentiasa berusaha menjadi yang terbaik, dapat berdikari dan peka dengan keadaan sekeliling yang sentiasa berubah-ubah. 
    “Jika mahasiswa diberikan keyakinan diri, kepercayaan dan sokongan untuk berfikiran positif tentang diri dan masa depannya, maka laluan yang ada akan menjadi lebih mudah. Tetapi jika mahasiswa ini sering diperlekeh dan dipandang rendah maka kita akan menjadikannya seorang yang sangat lemah dan sukar untuk menghadapi cabaran hidup pada masa depan,” katanya.
     Beliau berkata demikian sempena dengan perasmian penutup bagi karnival 3K ini baru-baru ini yang turut diadakan juga penyampaian hadiah untuk malam kesenian.
     Peranan penyertaan terhadap sebarang aktiviti akan dapat menjadikan seseorang mahasiswa tersebut sebagai pendidik, pembimbing dan rakan mahasiswa agar berupaya meyakinkan seseorang mahasiswa terhadap masa depan yang akan ditempuhnya apabila keluar daripada universiti.
     Kejayaan karnival 3K ini bukan saja bertunjangkan kepada kekuatan para pegawai pembimbing tetapi bergantung kepada komitmen dan jiwa mahasiswa untuk mengecap kejayaan yang diingini.
     “Saling menghormati, saling menyayangi dan saling berganding bahu perlu untuk mencapai kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan dan diharap selepas menghadiri program ini akan peningkatan kesedaran warga kampus untuk menghargai jasa–jasa  dan sumbangan penggiat seni kepada perkembangan dunia seni di UUM,” tambahnya lagi.


 

Persembahan nasyid daripada kelab nasyid UUM sebelum majlis bermula


No comments:

Post a Comment