Gambar Pilihan

Wednesday 29 April 2015

HOTEL UNIVERSITI BERTARAF EMPAT BINTANG



Oleh Mohd badrul hisham bin jali
shambaek@yahoo.com
  
SINTOK: EDC Universiti Utara Malaysia bakal dinaik taraf ke hotel empat bintang dalam pembaharuan fasa kedua dalam jangka masa lima tahun ini. Dalam pembaharuan ini, hotel berkonsepkan flora dan fauna menjadi tema utama hotel EDC UUM.
      Menurut naib canselor UUM Prof Datuk Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak, pemilihan konsep ini adalah kerana memperlihatkan Hotel EDC UUM merupakan sebuah hotel yang berada dipersekitaran yang kaya dengan tumbuhan hijau, dengan ini ianya akan meningkatkan tarikan pengunjung untuk berkunjung ke Edc UUM, kata beliau dalam majlis pelancaran ulang tahun UUM ke 31.
     Dalam pada itu, Pengurus Besar Hotel EDC UUM Wan Husaini Wan Abdul Rahman berkata, pembangunan fasa kedua ini menelan belanja sebanyak RM 100 juta ringgit.
Pelancaran naik taraf ini bertujuan bagi meningkatkan jumlah bilik penginapan, kemudahan hotel serta menyediakan kemudahan frasarana untuk para pengunjung. Beliau juga menyatakan apabila pembangunan fasa kedua ini ianya akan meningkatkan jumlah pengunjung ke Edc UUM sebanyak 80%  berbanding sebelum ini.
     Dengan pelaburan strategik ini, ianya akan dapat menjana keuntungan yang besar kepada pihak universiti sebanyak RM 10 juta setahun disamping dapat mengurangkan tekanan kos yang dihadapi oleh pihak universiti bagi menambah selia kemudahan di dalam kampus kekal ini.
    Hotel EDC UUM pada fasa kedua bakal menyediakan 200 bilik penginapan disamping menyediakan pelbagai kelebihan lain kepada pengunjung. Kelebihan yang dimaksudkan adalah lokasi hotel yang strategik dengan pusat pelancongan di Malaysia sebelah utara, pemandangan flora fauna yang boleh memukau para pelancong, aktiviti sukan seperti pin ball, memanah, gym, kolam renang dan sebagainya.
    Pengunjung juga boleh menjadikan hotel Edc UUM sebagai tempat untuk melakukan riadah ataupun acara bersama kakitangan kerja atau organisasi kerana pihak Hotel akan menyediakan pelbagai kelengkapan pada majlis yang dikehendaki oleh pengunjung.
    Bagi mereka yang bertandang ke Universiti Utara Malaysia bagi aktiviti sukan negeri mahupun antarabangsa pemilihan Hotel Edc UUM sebagai kawasan penginapan juga adalah sangat bersesuaian kerana hotel Edc UUM ada menawarkan pakej penginapan kumpulan bagi mereka yang memerlukan harga berpatutan untuk aktiviti meraka.
    Hotel EDC UUM adalah sebuah hotel pada mulanya hanya berkonsepkan hotel berstandart produk dan servis yang selesa. Ianya mula beroperasi pada 6 September 2006 dan mempunyai hanya 88 bilik penginapan pada peringkat awalnya. Edc UUM turut menyediakan kemudahan berbasikal, gym, serta wifi kepada para pengunjung.
    Dengan tarikan baharu ini, diharapkan keuntungan akan menjadi lebih tinggi daripada pencapaian sebelumnya. Dengan tarikan Hotel Edc ini juga diharapkan nama Universiti Utara Malaysia kan terus menjadi sebutan kepada imej Universiti pengurusan terkemuka di Malaysia.


                                                 

                                                                  Hotel Edc UUM                                         

No comments:

Post a Comment