Gambar Pilihan

Wednesday 29 April 2015

PBS MARTABAT SENI BUDAYA

OLEH AYU AZWANIE BT AZAHARI
ayuazahari­_92@yahoo.com


Persembahan boria daripada mahasiswa UUM

SINTOK: Pusat Budaya dan Seni (PBS) telah melancarkan program ‘Karnival 3K’ pada 10 Mac 2015. Karnival 3K ini adalah singkatan daripada perkataan Kebudayaan, Kesenian, dan Keusahawanan yang merupakan aktiviti tahunan PBS.
    Karnival 3K berlangsung selama seminggu dan pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang karnival tersebut. Pelancaran Karnival 3K ini telah disempurnakan  oleh Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu Dato’ Ahmad Zaini bin Japar. 
     “Penglibatan golongan mahasiswa dalam aktiviti kebudayaan dan seni adalah sebagai wadah untuk mereka mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing”, kata Dato’ Ahmad Zaini bin Japar dalam ucapan perasmian Karnival 3K tersebut. 
     “Program ini dijalankan adalah untuk mewujudkan satu proses pembelajaran kepada mahasiswa UUM yang terlibat dalam urus setia”, kata Pengarah Program Muhammad Rifqi Azim bin Mohd Arif.  
      Tambahnya lagi, program Karnival 3K tersebut dapat memberi faedah kepada mahasiswa apabila berada di alam pekerjaan dan mereka mampu untuk mengaplikasikan pengalaman dan kemahiran yang ada apabila terlibat dalam pengurusan karnival.
     Karnival 3K memupuk semangat kesenian dalam kalangan mahasiswa. Hal ini dapat dilihat dengan pelbagai aktiviti kesenian yang turut diadakan seperti tarian, nyanyian, nasyid, dan sebagainya. Nyanyian, tarian, dan boria yang dipesembahkan dalam Karnival 3K itu secara langsung akan memeriahkan lagi program bagi menarik kunjungan mahasiswa untuk berkunjung ke tapak karnival.
        Selain itu, Karnival 3K ini juga dijalankan adalah untuk mencungkil bakat kesenian yang wujud dalam diri kalangan mahasiswa UUM malah dapat memantapkan lagi bakat kesenian yang ada pada diri masing-masing. Dengan persembahan yang dipersembahkan oleh mahasiswa UUM akan melatih diri mereka untuk tampil dengan berani di hadapan khalayak yang ramai dan hal ini juga akan mengurangkan rasa kegugupan yang wujud dalam diri setiap mahasiswa UUM.
        Di samping itu, Karnival 3K ini juga adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga UUM dengan mahasiswa UUM. Selain itu,, program seperti ini juga dapat mengekalkan budaya yang diwarisi oleh masyarakat kita seperti tolong-menolong, berbudi bahasa, hormat- menghormati, dan sebagainya.
        Menerusi program ini didapati bahawa mahasiswa UUM turut menunjukkan sikap kerjasama yang baik antara satu sama lain dan dapat memantapkan lagi hubungan yang sedia ada antara mereka. 
        Dato’ Ahmad Zaini bin Japar juga ada menyatakan bahawa pada pada saat inilah kita seharusnya membuktikan kepada dunia bahawa kita seharusnya mengekalkan budaya yang kita warisi sejak turun-temurun lagi seperti bersatu padu, tolong menolong dan sebagainya.  
        Menurut Pengarah Program lagi, Muhammad Rifqi Azim beliau amat bersyukur dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dan beliau berharap program seperti ini akan meningkatkan lagi kesenian dan kebudayaan dalam kalangan mahasiswa dan seterusnya dapat memantapkan lagi ukhuwah dalam kalangan mahasiswa. 
        Karnival 3K yang dijalankan dapat meningkatkan dan mencungkil bakat kesenian yang ada pada diri seseorang mahasiswa. Malahan, karnival 3K ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan mahasiswa.

No comments:

Post a Comment