Gambar Pilihan

Wednesday 29 April 2015

SUKUUM Tingkat Pembangunan Sukan




 Oleh Ahmad Famin 

 
                                                        Barisan pemain bola UUM

Sintok: Universiti Utara Malaysia telah mengadakan pertandingan sukan trek dan padang diantara kolej bagi memupuk semangat kesukanan mahasiswa UUM baru-baru ini.
     Kejohanan tahunan yang dikenali sebagai SUKUUM bermatlamat untuk menggalakkan pelajar kekal aktif dalam bidang sukan selain daripada bidang akademik.
     SUKUUM dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar Hj. Mohd Harif di kompleks sukan Universiti Utara Malaysia.  
    Beliau berharap pelbagai pihak termasuk kerajaan dan badan bukan kerajaan terutamanya melibatkan golongan belia perlu memastikan pembangunan bersesuaian dengan cita rasa generasi muda.
     Tambah Beliua, kementerian akan terus memberi tumpuan yang seimbang terhadap sukan dan belia juga akan memastikan keseimbangan terhadap dua bidang itu dapat dicapai.
     "Aspek sukan dilihat lebih menonjol daripada belia terutama di dada akhbar dan medium media yang lain.
    "Kita akan cuba angkat profil belia, pembangunan belia supaya setara dan setanding dengan pembangunan sukan supaya tumpuan kita bukan hanya kepada sukan sahaja tetapi kepada aspek penting iaitu belia," katanya.
     Beliau berkata inisiatif itu juga selaras dengan usaha kerajaan melahirkan golongan belia yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik atau sukan malah mampu menjadi belia contoh dalam pelbagai aspek.
     "Belia di negara ini perlu memahami aspirasi kerajaan bagi melahirkan golongan belia yang serba boleh. Golongan belia tidak seharusnya berada di takuk lama atau hanya selesa dalam satu bidang sahaja, mereka perlu terokai pelbagai bidang," katanya.
   “Pelajar ditekankan supaya berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, namun pencapaian cemerlang dalam akademik harus diiringi dengan kecemerlangan dalam bidang sukan”, katanya.
    Pendidikan bukan proses pembelajaran akademik sahaja yang penting, pembelajaran dari segi riadah dan rekreasi juga penting dalam memastikan kecergasan dan kecerdasan otak pelajar untuk meneruskan sesi pembelajaran akademik yang lebih mantap, jelas beliau
     Dr Ahmadasri Alaudin  berkata, penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sejak di bangku sekolah bukanlah usaha sia-sia, sebaliknya akan membantu mereka pada kemudian hari dalam menempuh cabaran yang lebih besar. 
     Beliau berharap melalui aktiviti sukan yang dianjurkan ini dapat mencungkil bakat muda dalam bidang sukan sekaligus turut melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik.
     Ini selaras dengan falsafah pendidikan negara amat jelas iaitu berusaha secara berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 

No comments:

Post a Comment