Gambar Pilihan

Wednesday 29 April 2015

GST- Masyarakat keliru perlu lebih Informasi


Oleh:
Nurul Hasnizan Bt Ramali
Nor Fatiehah Bt Mohd Nor
Siti Salina Bt M. Ramli
Maizatolelyza Bt Mohd Termedzi
Ayu Azwanie Bt Azahari
Nazratul Nafisah Bt Abdul Majid
Zaimah Bt Seman


                                      Kekeliruan masyarakat tengan Harga Barangan

Rakyat keliru perlu lebih informasi?
Cukai barangan dan perkhidmatan atau GST menjadi topik perbualan hangat  dalam kalangan rakyat pada masa ini. Ramai yang menyuarakan perasaan tidak puas hati di laman sosial malah yang lebih buruk lagi ada yang yang terlibat dalam demonstrasi dalam menentang perlaksanaan GST  biarpun ia secara rasmi telah bermula 1 April lalu.
      Sememangnya diakui ramai yang masih keliru mengenai pelaksanaan GST kerana kerajaan telah mengambil masa yang lama untuk merangka dan melaksanakan pendedahan mengenai maklumat GST kepada masyarakat malah sebelum tempoh pelaksanaan GST kurang penerangan secara khususnya dilakukan.
     Malah rakyat juga terkeliru dan kabur mengenai GST khasnya berkenaan dengan jenis barangan yang tertakluk di bawah GST serta senarai barangan yang dikecualikan daripada cukai ini.
     Pemberian maklumat mengenai GST kepada rakyat seharusnya melibatkan penggunaan pelbagai jenis saluran supaya ianya dapat diterima oleh semua rakyat memandangkan tidak semua rakyat mempunyai akses yang sama.

Medium penyampaian informasi
Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, kerajaan akan mengkaji semula sejauh mana keberkesanan kempen penerangan mengenai pelaksanaan GST menerusi media cetak dan elektronik.
     Hebahan berkenaan GST di media massa juga perlu dilakukan secara praktikal, bukannya dilakukan secara terhad. Pendedahan melalui televisyen sebenarnya adalah amat terhad, di mana ia hanya terhad kepada iklan sahaja.
      Iklan pula yang hanya dipaparkan selama kurang seminit cuba memasukkan banyak maklumat untuk disampaikan kepada masyarakat. Oleh hal demikian, masyarakat hanya mempunyai masa yang singkat  untuk memahami apa yang cuba disampaikan daripada iklan tersebut.
     Kaedah susulan akan diambil dan dinilai semula untuk mengurangkan masalah kekeliruan masyarakat tentang sistem percukaian baharu itu menerusi kempen hebahan maklumat GST melalui akhbar, televisyen, radio dan juga papan iklan. 

Apa itu GST?
Good and service tax ( GST) diperkenalkan di Perancis pada tahun 1954 oleh Maurice Laure untuk menggnti sistem yang sangat bergantung  kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbangkan dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan
     Pelaksanaan GST telah dibentangkan pada bajet 2015 dan dikuatkuasakan pada 1 April 2015 untuk mengantikan sistem percukaian yang terdahulu.

Bagaimana GST dilaksanakan
GST akan dikenakan pada setiap peringkat bermula dari pengilang, pemborong, peniaga dan pengguna. Memandangkan GST merupakan cukai ke atas penggunaan, jadi peniaga boleh menuntut semula GST daripada kerajaan.
      Bagi pengguna, mereka perlu membayar semua GST yang dikenakan oleh peniaga dan ianya tidak boleh dituntut daripada kerajaan. Perniagaan yang mencapai tahap jualan tahunan sebanyak RM 500,000 setahun layak untuk mendaftar dengan Jabatan Kastam.
bagi mengutip GST.
       Perniagaan yang jualan tahunan tidak mencapai jumlah tersebut tidak perlu mendaftar di bawah GST. Namun mereka masih boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela.
      GST terbahagi kepada tiga iaitu GST berkadar ‘standard’, sifar dan pengecualian. Semua barangan dan perkhidmatan yang berada di bawah kategori ‘standard’ akan dikenakan kadar cukai sebanyak 6%. Penggunaan barangan dan perkhidmatan pada setiap peringkat rangkaian bekalan akan dikenakan cukai GST. Contoh barangan dalam kategori ini ialah baju, kereta dan buah-buahan.
       Barangan dan perkhidmatan dalam kategori sifar dikenakan 0% GST. Ini bermakna, pengguna akhir tidak akan dikenakan cukai GST. Contoh barangan dalam kategori ini ialah daging,ikan dan minyak masak.
      GST berkadar pengecualian pula, barangan dan perkhidmatan dalam kategori ini tidak akan dikenakan cukai dan tertakluk kepada GST pada peringkat output. Ini bererti GST tidak akan dikenakan terhadap pengguna akhir. Harta kediaman dan perkhidmatan kesihatan adalah contoh barangan dan perkhidmatan dalam kategori ini.

Masyarakat keliru
       “GST tidak didedahkan secara mendalam kepada masyarakat kerana penyampai maklumat sangat terhad mengenai kewajaran GST diperkenalkan. Hal ini menyebabkan saya keliru mengenainya”, kata Junus Pengusaha Cafe Dewan Penginapan Bank  Muamalat. 
       Menurutnya lagi, beliau juga hanya mengetahui tentang GST melalui saluran berita tetapi tidak peka akan fungsi dan pelaksanaan kerana kesukaran untuk menterjemahkan makna mengenai isu GST tesebut”. 
       “Pergenalan GST juga  telah menyebabkan kami berpandangan bahawa GST membebankan rakyat berbanding memberi faedah kepada rakyat kerana saya tidak memahami tentang faedah GST sebenar”katanya lagi. 
        Pelaksanaan GST tidak boleh dilaksana dengan terburu-buru dan perlu dipertingkatkan dan perlu diadakan tempoh percubaan yang dijalankan di negara lain. Selain itu, kecekapan pengurusan Jabatan-jabatan yang terlibat harus dipantau dengan teliti untuk mengelakkan pengguna ditipu oleh perniaga.  
        “Saya tidak mengetahui  tentang GST kerana bagi seorang pelajar maklumat tersebut tidak didedahkan di peringkat  Universiti dan hanya disiarkan melalui media massa sahaja.”kata Norshayima pelajar jurusan kewangan di UUM. 
         Menurutnya lagi, masyarakat sering tertanya-tanya tentang kesan  GST  sama ada kesannya memberi manfaat kepada rakyat dan mereka tidak memahami tentang isu GST secara meluas”. katanya.
 
Kesan GST kepada rakyat
GST akan memberikan kesan yang negatif dan positif kepada rakyat. Seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang, GST akan membebankan rakyat dari segi pembelian barangan dengan harga yang lebih tinggi, namun kerajaan telah mewar-warkan bahawa terdapat juga barangan yang dikecualikan dari gst.
       GST akan mendatangkan pendapatan ekomoni yang lebih tinggi kepada negara. Manakala rakyat hanya bergantung kepada apa yang akan dilakukan oleh kerajaan dengan hasil pungutan cukai yang lebih tinggi. Rakyat akan beruntung sekiranya kerajaan menggunakan cukai yang dipungut untuk kebaikan mereka
     Pelaksanaan GST hanya boleh memberi kesan terhadap perniagaan-perniagaan kecil seperti pengendali pasar malam sekiranya perolehan tahunan mereka melebihi nilai yang ditetapkan memerlukan mereka untuk  berdaftar di bawah GST.
      “Bagi saya kadar harga barangan akan meningkat walaupun ada yang dikatakan  terkecuali dari GST, ini kerana setiap penjual akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan mengikut kadar mereka sendiri” kata  Mohd Izzat, 23, pelajar Program Teknologi Media di UUM.
      Menurutnya lagi, harga tiket bas untuk pulang ke kampung turut meningkat walaupun kerajaan menyatakan kadar perkhidmatan awam dikecualikan.
      Kekaburan yang berlaku tidak seharusnya dipandang remeh kerana barangkali inilah kelemahan paling ketara apabila sesuatu dasar baharu cuba diperkenalkan. Dalam melaksanakan sesuatu dasar, sebaiknya jika segala kekusutan yang timbul ini diperhalusi terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan. Langkah ini dapat memastikan golongan rakyat ditindas dan dibebani dengan dasar yang dilaksanakan.


2 comments: