Gambar Pilihan

Wednesday 29 April 2015

IPRMSA JANA PEMBANGUNAN SOSIAL MAHASISWA


Oleh INA SHAKINA BINTI IBRAHIM
ieynashakina@yahoo.com

 
   



               Gambar 1:Pembentangan aktiviti serta program bagi sesi 2015/2016 
                            oleh Presiden IPRMSA Adilatul Hasif bin Nasah

Sintok – The Institute of Public Relation-UUM Chapter (IPRMSA-UUM Chapter) telah menganjurkan program Jom IPRMSA & Tautan Kasih pada 24 Mac 2015 di Ruang Legar Bangunan SMMTC, Universiti Utara Malaysia.
     Program yang dijalankan ini bertujuan menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi beraktiviti secara sihat disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli kelab yang melibatkan pelajar-pelajar universiti utara malaysia.
    Selain itu, program ini juga bertujuan  memupuk semangat persaingan secara positif dalam diri setiap peserta program serta untuk memupuk semangat ukhwah di antara mahasiswa tidak mengira bangsa dan agama.
    Menurut penasihat kelab IPRMSA, Syarizan binti Dalib, “Objektif Persatuan Institute of Public Relation Student Association (IPRMSA) ini adalah untuk memperkenalkan kewujudan IPRMSA khususnya kepada pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara insan”.
    Beliau berkata, “Persatuan ini adalah untuk membimbing dan menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan”.
    “IPRMSA juga bertujuan untuk membawa para pelajar tempatan dan pelajar swasta yang berminat dalam bidang perhubungan awam untuk berkongsi dan terlibat secara aktif dalam program-program perhubungan awam dibawah satu persatuan” tambah beliau lagi.
    IPRMSA adalah sebuah pertubuhan pelajar di bawah naungan badan profesional perhubungan awam iaitu The Institute of Public Relation Malaysia atau IPRM. Di malaysia  terdapat lima cawangan IPRMSA iaitu Iprmsa UITM Chapter, UIA Chapter, Helps Institute Chapter, UUM Chapter dan USM Chapter.
    Menurut Pengerusi IPRMSA, Aidilatul Hasif bin Nasah, 23, “melalui penglibatan pelajar dalam program  IPRMSA ini, kita dapat belajar banyak perkara berkenaan dengan Public Relation (PR). Selain itu, aktiviti yang telah dianjurkan oleh IPRMSA akan dapat mengetahui bagaimana cara untuk membina hubungan dengan publik kerana tidak semua pelajar tahu membina hubungan dengan masyarakat di luar sana”. 

     IPRMSA turut membentangkan  aktiviti bagi sesi 2015/2016 yang akan dijalankan selain program Jom Iprmsa dan Tautan Kasih ini ialah Program Amal ke rumah orang tua dan rumah anak yatim, Baksis ke Sarawak, Kem Motivasi ke Smk Changloon, Team Building Pr dan sebagainya. 
     Penyertaan pelajar dalam program yang akan atau telah dijalankan dharap membantu pelajar untuk berinteraksi dengan masyarakat diluar sana. Seterusnya mengajar pelajar supaya lebih berani untuk membina hubungan baik dengan masyarakat.

 

No comments:

Post a Comment