Gambar Pilihan

Wednesday 29 April 2015

BANGSA PENCIPTA BUKAN LAGI BANGSA PENGGUNA



Disediakan oleh :
Ayu Azwanie Bt Azahari
Nazratul Nafisah Bt Abd Majid
Ina Shakina Bt Ibrahim
Nurul Patanah Bt Mohd Nor
Nurul Atiqah Bt Semail


SINTOK: Penerbit UUM Press dengan kerjasama Majlis Penerbitan Ilamah Malaysia (MAPIM) telah mengadakan Pesta Buku Utara buat kali ke lima pada baru-baru ini.
     Perasmian Pesta Buku Utara telah dirasmikan oleh Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah UUM. Menurut beliau, teras pendidikan pada masa kini bukan sahaja melahirkan usahawan mahasiswa yang kreatif malah menjadikan mahasiswa tersebut sebagai seorang pencipta.
     Tambah beliau lagi, mahasiswa kini bukan lagi bangsa pengguna tetapi akan dijadikan sebagai bangsa pencipta. Hal ini akan menunjukkan bahawa pemikiran mahasiswa itu kearah yang kreatif dan inovasi bagi membina bangsa yang maju..
      Pencipta yang dikatakan adalah mahasiswa yang bukan hanya menjadi pengguna semata-semata tetapi mengambil input yang dipelajari daripada bahan-bahan bacaan untuk mencetuskan idea-idea baru. 
     Pesta buku pada tahun ini bertemakan “Membaca, Mencetus Idea Kreatif dan Inovatif” yang berlangsung di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah          
     Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang pesta buku ini diadakan ialah bengkel Penulisan Kreatif bersama penyair terkenal, Dr. Lim Swee Tim, sayembara, puisi dan lagu, program motivasi pelajar sekolah, pertandingan bercerita, pertandingan mewarna kanak-kanak, dan senamrobik.
       Bagi menjadikan bangsa pencipta bukan lagi bangsa pengguna, kerajaan telah menggubal Dasar Pendidikan Negara dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri pada bulan hadapan.
     Dasar pendidikan negara yang digubal lebih menekankan pembelajaran berasaskan ‘student centered-learning’ iaitu mahasiswa itu sendiri harus berusaha menjadikan diri mereka seorang pencipta.
       Selain itu ‘student centered-learning’ juga memfokuskan bagaimana seseorang mahasiswa itu berfikir dan menghasilkan idea-idea baru seiring dengan pembangunan negara pada masa kini.
        Dengan kewujudan ‘student centered-learning’ ini akan menghasilkan mahasiswa yang kreatif seterusnya dapat melahirkan bangsa pencipta yang mungkin akan menguntungkan negara. 


Sesi pemotongan reben oleh Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim.


No comments:

Post a Comment