Gambar Pilihan

Wednesday 29 April 2015

USAHA MEMANTAPKAN PENGETAHUAN DALAM KALANGAN PELAJAR KVG



Oleh Nurulpatanah bt Mohd Nor

SINTOK: Kolej Vokasional Gerik bekerjasama dengan Universiti Utara Malaysia dalam mengadakan sesuatu program untuk memantapkan lagi keberkesanan pembelajaran dalam kalangan pelajar kolej vokasional gerik terutamanya dalam bidang perakaunan.
     Menurut pengetua Dewan Penginan Pelajar Petronas Unversiti Utara Malaysia,  DR NAZRI BIN BAHAROM, aktiviti seperti ini perlu dilakukan oleh setiap sekolah untuk persiapan pelajar dalam memasuki alam university kelak.  Banyak ilmu yang disediakan untuk mereka dalam mempersiapkan diri mereka dari segi fizikal dan mental.
    Program yang dijalankan ini adalah untuk memberi sedikit ilmu kepada pelajar tentang dunia perakaunan selain memantapkan lagi daya tahan mereka dalam menceburi dan menempuh bidang pengajian ini.  Banyak program yang telah dijalankan oleh pihak Universiti Utara Malaysia itu sendiri dalam mewujudkan pelajar yang berkaliber dan berjaya untuk masa hadapan.
    Banyak aktiviti yang dijalankan selama 3hari 2malam ini dan ianya sangat membantu pelajar dalam kehidupan seharian mereka untuk trus menimba ilmu pengetahuan yang baik dan berkesan.
Selain ceramah yang telah disampaikan kepada pelajar tentang bidang perakaunan, aktiviti lain juga turut disediakan seperti  bengkel fotografi dengan kerjasama kelab TAHA UUM, melawat dan diberi pendidikan tentang golf, mencuba litar go-kart, rock climbing serta malam kebudayaan yang diadakan di Dewan Penginapan Pelajar Petronas.
     Dalam aktiviti bengkel fotografi itu, salah seorang pelajar Kolej Vokasional Gerik berkata bahawa mempelajari kemahiran dalam bidang fotografi memerlukn masa tapi dalam tempoh yang agak singkat.  Menurut beliau lagi, ‘kami berjaya menimba ilmu pengetahuan tentang bidang fotografi yang sangat berguna yang dapat membantu kami merakamkan gambar menepati konsep yang diperlukan untuk penerbitan di kolej kami’.
    Aktiviti atau program seperti ini sememangnya amat bagus yang harus diadakan dimana-mana sekolah juga.  Bukan hanya dalam bidang perakaunan sahaja, malah bidang lain juga perlu membuat sesuatu program yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan memberi maklumat kepada pelajar untuk menjadi masyarakat yang berguna pada masa hadapan dan terus membangun dalam apa jua keadaan.

No comments:

Post a Comment