Gambar Pilihan

Wednesday 29 April 2015

PASAR MALAM KAMPUS SINTOK



Oleh Nor Fatiehah bt Mohd Nor
 
Sintok – Walaupun baru dibuka dan masih belum ramai peniaga namun mereka amat gembira dan berpuas hati. Itulah luahan sebahagian pelajar Universiti Utara Malaysia yang telah berpuas hati dengan adanya pasar malam yang diadakan di laluan tersebut yang mewakili dewan penginapan pelajar(dpp) Bank Muamalat dan Yayasan Al-bukhary.
     Difahamkan, pasar malam tersebut diadakan pada setiap hari Selasa di tempat letak kereta dewan penginapan pelajar Bank Muamalat. Oleh hal demikian, dengan adanya kawasan yang strategik ianya membantu pelajar dari yayasan al bukhary dan dewan-dewan lain untuk mengunjungi ke pasar malam yang diadakan.
     Pelbagai jenis barangan yang dijual di pasar malam tersebut antaranya ialah makanan seperti nasi ayam pak lang, kuih dorayaki, kebab utara, burger, sup pak andak, kain tudung, baju dan macam-macam lagi.
     Pasar malam ini telah dirasmikan oleh Pengetua DPP Bank Muamalat iaitu Dr. Nazli bin Mahdzir. Beliau berkata, “dengan adanya pasar malam ini sekaligus dapat membantu pelajar dalam bidang keusahawanan, hal ini kerana terdapat beberapa individu yang membuka gerai merupakan pelajar dari dpp itu sendiri”.
    Tambah beliau, pasar malam ini juga dapat membantu pelajar menukar citarasa makanan yang telah tersedia di kafé tersebut. Ujarnya lagi, ia dapat menghilangkan rasa bosan pelajar terhadap makanan yang menjadi rutin harian di dpp itu selain dapat merasa pelbagai jenis makanan yang disediakan di pasar malam.
     Menurut Faezah Azmin, 23 dengan adanya pasar malam ini, dia tidak lagi perlu ke bandar untuk mencari keperluan harian seperti makanan, pakaian. Ini kerana segala keperluannya telah terdapat di pasar malam itu.
    “Kami tidak perlu mengejar bas untuk ke Changlun pada setiap hari rabu yang merupakan hari pasar malam di Bandar Changlun kerana kami sudah ada pasar malam yang dekat telah membantu kami dalam mencari pelbagai keperluan terutamanya makanan,” katanya
    Pasar malam tersebut diharapkan berjalan dengan lancar dan akan bertambah lagi kepelbagaian untuk meningkatkan lagi rasa keinginan pelajar dari dpp lain untuk berkunjung ke pasar malam dpp itu.




 
Kepelbagaian makanan yang dijual di pasar malam untuk
 memudahkan pelajar membeli mengikut citarasa


No comments:

Post a Comment