Gambar Pilihan

Wednesday 29 April 2015

PENGGUNA TANGANI GST


Oleh:
Ina Shakina binti Ibrahim
Nurul Atiqah binti semail




                                      Timbalan menteri kewangan,datuk seri ahmad maslan 
           menunjukkan beberapa keratan akhbar mengenai harga cukai dan perkhidmatan (GST)

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang bercita-cita untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar dengan matlamat itu, pembangunan insfratruktur dan perkembangan ekonomi negara mestilah berkembang kukuh. Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah memperkenalkan satu sistem cukai baru kepada pengguna untuk meningkatkan pendapatan negara.
     Cukai barangan dan perkhidmatan (Good and service Tax) adalah merupakan satu sistem cukai yang baru diperkenalkan dalam negara malaysia , GST juga  dikenali sebagai value added tax (VAT) atau cukai nilai tambah.
    Pelaksanaan cukai GST pada 1 April adalah untuk memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara masa kini bagi memastikan sistem percukaian negara sistematik dan lebih efisien disamping dapat mengurangkan kos kenaikan harga barangan.
   Cukai ini juga diperkenalkan untuk menyeimbangkan cukai perkhidmatan dan cukai-cukai pendapatan yang lain. Hal ini demikian kerana sebelum terlaksananya GST cukai jualan yang dikenakan adalah sebanyak 10% dan cukai perkhidmatan pula adalah sebanyak 6%. Ini menjadikan setiap barangan yang dibeli oleh pengguna akan dikenakan cukai sebanyak 16%.
    Namun begitu, realitinya GST ini, telah membebankan pengguna. Hal ini kerana barangan dan perkhidmatan yang diuar-uarkan akan diturun harga namun sebaliknya harga barangan semakin meningkat. Perkara ini telah memberi impak besar kepada rakyat yang berpendapatan rendah.
   Timbalan menteri kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata “Ilmu kepenggunaan penting bagi melahirkan pengguna bijak dalam memastikan harga barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai barang dan perkhidmatan GST terus terkawal”.
    “Mereka (pengguna) kena tahu dan sedar bahawa yang menentukan harga barang adalah pengguna, bukannya peniaga. Jangan bagi kuasa ‘raja’ kepada peniaga”, katanya.
    Tambah beliau lagi, “pengguna yang bijak pastinya akan menggunakan kuasa 3M dalam tangani GST iaitu memilih, memboikot dan melapor sekirannya terdapat peniaga yang menjual barangan pada harga yang tidak berpatutan”
    Akan tetapi, kenaikan harga barang dipasaran tetap juga tidak dapat dielakkan kerana syarikat–syarikat besar tidak sanggup menyerap GST itu dan memberi harga murah kepada pengguna, malahan sebaliknya pengguna perlu menanggung kos cukai tersebut.

Pengguna tangani GST
Menurut Dr Ahmad Azrin, “paling tidak ada lima perkara perlu menjadi manual bertindak bagi setiap pengguna. Pertama, pengguna perlu cuba untuk memahami konsep asas Gst. Kedua, pengguna perlu menyemak status peniaga dan status barang atau perkhidmatan setiap kali transaksi”.
     Bagi setiap transaksi ini, pengguna perlu pastikan resit atau bil diperoleh daripada peniaga. Keempat, pengguna perlu untuk membuat aduan kepada pihak berwajib sekirannya peniaga menaikkan harga demi kepentingan diri.
     Cara yang kelima adalah pengguna perlu biasakan diri untuk membuat perbandingan harga dipusat membeli belah yang kebiasaan mereka kunjungi.  Hal ini kerana bagi membantu para pengguna untuk membuat perbandingan harga sebelum mereka membeli belah.
     Selain itu, sekiranya peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati , pengguna berhak melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tentang harga barangan yang dinaikkan oleh peniaga dengan sewenangnya tanpa berpandukan kepada haraga asal barangan tersebut.
     Rakyat malaysia, khususnya pengguna barangan dan perkhidmatan perlu sedar akan kepentingan hak mereka sebagai pengguna yang bijak dan tidak mudah ditipu oleh peniaga. Pengguna juga perlulah bijak berbelanja dan berhemah dalam  pembelian barangan agar tidak berlaku pembaziran.       
   Selain itu, sebagai seorang pengguna mereka perlulah bijak membandingkan harga sebelum membuat pembelian  agar mereka tidak tertipu.

No comments:

Post a Comment