Gambar Pilihan

Wednesday 29 April 2015

PROGRAM MENTOR MENTEE KUKUHKAN SAHSIAH


Oleh Zaimah seman
zaimahseman@gmail.com

Sintok : Bagi mengukuhkan hubungan, program mentor mentee telah diadakan oleh Persatuan Komunikasi (PERKOM) pada 13 Mac 2015.  
     Majlis dirasmikan oleh Penasihat Persatuan Komunikasi (PERKOM)  Puan Sharina bt Samsudin.  
    Penglibatan dalam persatuan akan menjadikan seseorang itu menimba ilmu dan dapat digunakan untuk masa akan datang.
    Menurut pengarah projek, Sahbani Bin Shapudin, 22 tahun, banyak bertungkus- lumus bagi melancarkan program ini. Tujuan aktiviti dijalankan kepada pelajar- pelajar untuk merapatkan hubungan antara senior dan junior.
    Menurutnya lagi, sesi bersama dengan senior telah menjawab semua soalan bagi pelajar berkaitan dengan pelajaran dan kehidupan  sebagai seorang mahasiswa.
    Pihaknya percaya bahawa program sebegini mampu mengeratkan hubungan antara pelajar. Mereka akan dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai perkara yang berkaitan dengan pelajaran, katanya.
    Program ini telah berjaya menarik minat mahasiswa untuk terlibat dalam persatuan. Mereka diberi pendedahan mengenai kepentingan apabila melibatkan diri dalam mana- mana persatuan.
    Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini ialah pelajar diberikan pendedahan mengenai subjek yang perlu diambil sepanjang mereka belajar. Mereka diberikan seorang mentor untuk bertanyakan perkara yang berkaitan dengan pelajaran.
    Dengan adanya program sebegini, hal ini akan dapat mengukuhkan lagi sahsiah dalam kalangan pelajar- pelajar.

Pelajar bersama mentee sepanjang program berlangsung

No comments:

Post a Comment