OLEH:
ADILLATUL HASIF
AHMAD FAHMI
MOHD FAIZAL
HISAMUDDIN
MOHD BADRUL HISHAM.
Kerajaan menjana pendapatan daripada cukai GST yang akan digunakan untuk meningkatkan kelangsungan kemakmuran rakyat. Pelbagai infrastruktur dan bantuan-bantuan sosial akan disalurkan kepada rakyat dengan adanya pertambahan pendapatan kerajaan.
Goods & Services Tax
(GST) adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barangan dan
perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Ia dikenakan ketika pengguna
berbelanja atau membeli sesuatu barangan keperluan. GST hanya dikenakan kepada
barangan atau perkhidmatan yang disenaraikan oleh kerajaan sahaja.
GST
memberikan kelebihan kepada masyarakat. Antaranya ialah dapat mengurangkan kos
perniagaan bagi peniagaan atau usahawan. Para peniaga dan usahawan bolah
menuntut semula cukai input yang telah dibayar ketika menjalankan perniagaan seperti
membeli bahan mentah atau barangan dan perkhidmatan.
Disamping
itu, GST meningkatkan aspek pematuhan pentadbiran cukai dan pengutipan cukai
akan lebih efisyen. Pelaksanaan GST telah mewujudkan satu mekanisme yang
sistematik dan terkawal bagi pentadbiran cukai. Ini memberi satu kebaikan
kepada rakyat dan kerajaan. Akhirnya,
kerajaan akan membelanjakan hasil kutipan cukai tersebut untuk kebajikan
rakyat.
Pelaksanaan
GST turut berupaya mengurangkan karenah birokrasi pentadbiran percukaian.
Matlamat GST adalah untuk memberikan kemudahan kepada semua lapisan, terutamanya
kepada golongan yang terlibat dalam industri. Ia memberi ruang yang terbuka
untuk mendapatkan bahan mentah tanpa perlu memohon kelulusan dari segi kuantiti
dan jenis bahan mentah.
Pengenalan
GST secara tidak lansung akan memberi kesaksamaan dalam unjuran kos perniagaan.
Ini bermaksud nilai kos perniagaan disaksamakan kepada semua lapisan golongan
yang terlibat dalam perniagaan di semua peringkat pengilangan, pemborong,
peruncit atau sektor perkhidmatan.
Selain
itu, melalui GST penetapan harga barangan yang berpatutan kepada pengguna dapat
dikuatkuasakan. GST memberikan satu kesan yang baik kepada pengguna kerana
ianya dapat menghapuskan cukai yang bertindih melalui Service & Sale Tax (SST). Kesannya rakyat dapat menikmati harga
barangan atau perkhidmatan pada harga yang lebih rendah daripada sebelumnya.
Umumnya,
pelaksanaan GST pada 1 April 2015 pasti akan menjamin ketelusan
percukaian. GST memberi maklumat kepada
pengguna bahawa setiap barangan atau perkhidmatan yang diurusniagakan oleh
pengguna tertakluk kepada nilai cukai yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini
mewujudkan satu sistem percukaian yang lebih telus, efektif, efisien dan mesra
perniagaan.
Pelaksanaan
GST elak cukai tersembunyi yang terpaksa dibayar oleh pengguna ke atas setiap
barangan atau perkhidmatan. Ini kerana
cukai tersembunyi tersebut telah disertakan bersama di dalam setiap barangan
atau perkhidmatan yang mereka langgani tanpa mereka sedar. Kebiasaannya cukai
tersembunyi atau SST ini melebihi 10% dari harga sebenar.
Seterusnya,
melalui GST kerajaan dapat menstruktur semula percukaian negara. GST dapat
memberi ruang kepada kerajaan untuk menilai semula cukai negara akan menjamin
tidak berlakunya pertindihan harga, harga berganda, harga terselindung dan juga
kegiatan pemindahan harga.
Selain
itu, sistem percukaian negara menjadi lebih baik, efisien dan telus. GST
membolehkan kerajaan mengutip cukai di semua peringkat perniagaan tanpa mengira
apa juga bentuk perniagaan yang dijalankan. Ketelusan ini mampu mengurangkan penyelewengan
dalam percukaian negara terutamanya oleh pengelak cukai.
Khazanah
dan hasil negara akan meningkat dan stabil. Oleh kerana GST dikutip di semua
peringkat perniagaan, maka hasil percukaian negara akan meningkat. Negara
menjadi kukuh kerana kedudukan kewangan yang stabil. Ini memberi kelebihan kepada kerajaan untuk
mengurus pembangunan negara dengan lebih baik.
hasilnya, rakyat akan menikmati kepesatan pembangunan Negara daripada sistem
percukaian yang adil dan saksama.
GST
memberi manfaat kepada rakyat kerana dapat mengelak cukai yang bertindih, tersembunyi
dan berulangan kali. Jika dahulu, SST menyebabkan rakyat terpaksa membayar banyak cukai yang
berlaku secara bertindih, tersembunyi serta berulangan kali dalam satu barangan
atau perkhidmatan. Namun dengan adanya GST rakyat hanya perlu membanyar sekali sahaja
cukai bagi setiap barangan dan perkhidmatan.
Beban
percukaian rakyat juga dapat dikurangkan. GST berupaya mengurangkan beban cukai
ke atas rakyat kerana caj cukai tersebut hanya 6% sahaja berbanding lebih dari
10% sebelumnya. Ini menjadikan rakyat dapat
berbelanja lebih dengan pendapat yang mereka perolehi.
Selain
itu, GST akan menggalakkan pengelakan cukai untuk membayar cukai kerana jumlah
cukai yang perlu mereka bayar adalah sangat minimum dan berpatutan. GST juga
mampu mengimbangi kadar inflasi kerana harga barangan dan perkhidmatan menjadi
murah dan rendah.
Dalam
penetapan harga, GST dapat memberikan harga yang telus ke atas setiap barangan
dan perkhidmatan yang dilanggan.
Ketelusan ini dapat menjamin rakyat mengetahui nilai sebenar barangan dan
perkhidmatan yang mereka langgan. Jumlah
cukai minimum yang dibayar akan tertera diresit mereka.
GST
juga menjadikan kos perniagaan menjadi lebih rendah. Harga barang dan perkhidmatan akan menjadi
lebih murah dan barangan dapat dijual dengan lebih banyak. Selain itu, GST
memperkayakan perkembangan ekonomi di semua peringkat masyarakat terutama
golongan peniaga kerana harga barangan dan perkhidmatan menjadi murah dan
rendah. Kuasa membeli rakyat akan meningkat dan pendapatan peniaga bertambah.
Akhirnya, kitaran ekonomi akan berkembang dengan pesatnya.
Manfaat
yang dihadirkan oleh GST juga akan merancakkan perkembangan ekonomi negara. Rakyat mempunyai pendapat yang lebih untuk
berbelanja kerana dikenakan cukai rendah. Rizab kewangan negara juga menjadi lebih
stabil dan akhirnya pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan pesat.oleh
itu, Malaysia akan mencapai negara maju.
Secara
keseluruhannya pelaksanaan GST ini bukanlah sebagai satu bentuk beban kepada
rakyat, sebaliknya ia memberikan jaminan kepada kelangsungan hidup rakyat.
GST membangun & maju bersama |
No comments:
Post a Comment